Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ada penjual di Shopee menjual kata-kata semangat dengan harga 20 sen. Nampaknya, makin ramai yang berfikir luar kotak untuk menjual ‘barangan’ mereka agar laris terjual.

Terbaharu, menerusi perkongsian Facebook Mohd Adib Fortalenzo dalam group Shopee Malaysia menunjukkan ada penjual yang menjual lukisan potrait di Shopee. Menjengah ke Shopee, penjual tersebut mendapat pujian para pembelinya di bahagian product rating.

Screenshot 2021-07-19 at 8.43.46 AM

Screenshot 2021-07-19 at 8.41.02 AM

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata berasa terhibur melihat hasil lukisan oleh penjual tersebut. Malah, penjual tersebut yang pantas melukis membuatkan para pembeli berpuas hati dengan perkhidmatan penjual tersebut.

Bukan itu sahaja, para netizen juga memuji penjual tersebut yang kreatif menawarkan perkhidmatan melukis gambar. Malah, harganya yang murah iaitu 50 sen sehingga 80 sen sahaja untuk sekeping gambar,

Screenshot 2021-07-18 at 3.21.05 PM

Screenshot 2021-07-18 at 3.21.51 PM

Screenshot 2021-07-18 at 3.22.26 PM

Ketika artikel ini ditulis, 158 keping lukisan telah berjaya dijual dan telah ‘sold out’. Jika anda mahu mendapatkan perkhidmatan melukis penjual ini, anda perlulah bersabar sehingga penjual ini buka kembali jualannya.

Sementara itu, baca artikel penjual d Shopee yang menjual kata-kata semangat pada pautan di bawah ini.

Jual Kata-Kata Semangat Berharga 20 Sen Di Shopee, Kreativiti Peniaga Ini Buat Netizen Terhibur

Terima Bungkusan Dalam Kelapa, Gaya Kreatif Peniaga Di Shopee Ini Raih Perhatian Netizen