Ramai duk tanya, “Macam mana nak buat website ecommerce?” atau “Kau masih buat lagi servis website ecommerce?”

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Semenjak aku menamatkan zaman freelance pada 2011, aku jarang ambil job bina laman web. Kecuali kalau ada kepentingan peribadi yang aku nak dalam website itu.

Malah aku sendiri jual produk bukan melalui website ecommerce yang dibina sendiri. Aku jual di Lazada dan seumpamanya. Ini boleh kata projek suka-suka.

Bukan sebab apa. Ini boleh jadi tapak nak validate idea andai kata kita buat ecommerce sendiri, ia boleh pergi jauh atau tidak.

Ini sedikit tip buat mereka yang ingin jual produk di Lazada:

1. Lazada game untuk barang branded.

Kalau kau letak barang kosmetik sendiri, mungkin tak gerak stok.

Tapi game jual barang branded ini terpaksalah main harga.

Dulu aku pernah test main harga sampai margin jadi senipis kertas. Lepas aku turunkan harga, tokey lain pun turunkan harga lagi, aku pun turunkan lagi. Memang setiap hari order masuk tapi boleh kata tarak untung.

Cuma bagi aku, untung sebenar aku dapat adalah database customer. Lepas sebulan minta mereka repeat beli.

Jadi kau kena tahu bawah brand yang sama, produk apa yang kau nak jual semurah-murahnya supaya pelanggan yang beli itu confirm TERPAKSA repeat order dari kau.

Aku tak pasti ini boleh dipanggil loss leader atau tak.

2. Boleh juga jual barang viral atau kita panggil ‘As Seen On TV’.

Contoh pasir ajaib untuk budak-budak atau alat pengupas epal.

Sebab itu strategi Goshop menaikkan semula semangat Smart TV zaman dulu kala boleh dikatakan sangat efektif.

Ramai orang rasa kalau sesuatu produk itu diulas di TV, produk itu sah bagus.

Kadang-kadang aku balik kampung, boleh terkejut ada produk-produk Goshop di rumah.

(Pssttt… Dulu aku pernah nak beli kipas dari Goshop, akhirnya aku jumpa orang jual harga lagi murah di Lazada.)

3. Lazada tak suka stok kau habis, atau kau tak tambah produk baru setiap minggu.

Ia umpama jurujual yang tak ada niat nak growth setiap minggu.

4. Lazada bayar 2 minggu sekali.

Jadi ada kemungkinan berlaku stok dah habis, tapi duit pusingan modal beli produk itu masih belum dapat.

Dan aku ulang balik, Lazada tak suka stok kau habis. Mereka akan ingatkan kau untuk tambah stok.

Jadi kita pun belajar banyak perkara untuk growth kita punya bisnes.

5. Zaman dulu pernah jual buku di Lazada.

Boleh kata tak bergerak sangat sebenarnya market buku di sana.

Padahal dulu mereka target nak jadi macam Amazon, jadi pada pandangan mereka buku antara yang orang cari di Lazada. Tetapi rakyat Malaysia tak beli buku di ecommerce macam Lazada.

Lebih kurang kalau kau pergi Wangsa Walk, ada terasa hati nak singgah kedai buku? Atau kau tak tahu pun ada kedai buku dalam pasaraya itu.

Apa lagi kau perlu tahu?

Lazada bukan tempat untuk kau buat duit gila-gila. Mana-mana gergasi ecommerce di Malaysia, objektif mereka adalah untuk membanyakkan lagi jumlah transaksi berlaku di website mereka.

Jadi, macam Lazada dia galakkan peniaga beri diskaun gila-gila. Tengok saja bila kau search model dengan brand, terus keluar senarai dengan harga sekali.

lazada-01

11street pula lain cara permainannya. (Ini aku tulis lagi 4 bulan kalau rajin).

Lelong.my pun lain padangnya.

Tapi banyak perkara boleh belajar dengan mereka.

Artikel di atas disumbangkan oleh Azree Hanifiah. Usahawan. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group