Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida kini telah perkenalkan koleksi sejadah yang dinamakan sebagai ‘Sejadah Doa Makbul. Rekaan sejadah tersebut diinspirasikan daripada kerinduannya terhadap Kaabah, Hajarul Aswad serta Tanah Suci Mekah.

Menurutnya, ini adalah cara untuk beliau melepaskan kerinduan di Masjidil Haram. Malah, beliau turut teringat detik-detik berdoa di Multazam ketika pergi menunaikan Umrah pada tahun-tahun sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, nama sejadah tersebut telah mendapat kritikan daripada netizen disebabkan memberi persepsi yang dianggap kurang baik. Malah, netizen turut mendakwa tindakan menggunakan nama ‘doa makbul’ salah satu ‘marketing’ menggunakan agama.

Nama sejadah itu telah mencetuskan pertikaian dalam kalangan netizen dan juga mengelirukan pembeli kerana penggunaan nama yang dianggap tidak bersesuaian boleh mengundang salah faham.

Mendapat kecaman netizen, Datuk Seri Vida menegaskan bahawa tidak timbul niat untuk menggunakan agama dalam melariskan jualan. Malah, beliau akui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang makin hari makin melampau.

Walaupun mendapat kecaman, beliau berterima kasih kepada mereka yang menyokongnya dan tidak salah faham dengan niatnya menjual sejadah menggunakan nama tersebut.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Selepas Stapler, Netizen Terkejut dUCk Jual Set Mewarna Berharga RM220

Beli Baju RM1,500 ‘Dapat’ Jagung Buruk, Lelaki Ini Luah Kekecewaan Terhadap Pekerja Servis Kurier

‘Nasib Baik Waktu Siang, Kalau Tidak Sudah Lari’- Netizen Terkejut Lihat Gadis Jadi Hantu Ke PPV