Kau cakaplah apa pun kat Noor Neelofa Mohd Noor, tetapi The Star hari ini melaporkan dia dan keluarganya NH Prima International Sdn Bhd yang menjual pelbagai jenis tudung telah membawa pulang hasil jualan menghampiri RM50 juta pada tahun lalu!

Daripada jumlah itu, sebanyak 10 peratus atau RM5 juta darinya disumbangkan melalui jualan online di peringkat antarabangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kau cakaplah apa pun kat Noor Neelofa Mohd Noor, yang pasti beliau yang juga Pengarah syarikat tersebut akan buka satu lagi cawangan. Bukan di Wakaf Che Yeh, bukan di Cheruk Tok Kun, tetapi di Chelsea, UK bulan depan!

13920879_10154409826603050_3994282644647382575_n

Kau cakaplah apa pun kat Noor Neelofa Mohd Noor, Malaysia External Trade Development Corp (Matrade) kini sedang berusaha bagi memastikan usahawan tempatan seperti beliau terus cemerlang di peringkat global setelah syarikat itu berjaya dalam memasarkan produk mereka di 37 negara seperti Perancis, United Kingdom, United States, Australia, Arab Saudi, Norway, UAE, Singapura dan Brunei.

Dan kita di sini masih ada segelintir masyarakat yang sibuk nak pertikai bagaimana dia boleh cepat dapat giliran pergi haji.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah kepada mentaliti yang lebih positif serta memberikan lebih banyak peluang usahawan muda untuk berjaya.

neelofa1812_620_465_100 (1)

14046139_10154409826438050_3168301872466338166_n