Gergasi Internet China, Alibaba sedang bersiap sedia untuk membuat jualan besar-besaran pada esok hari, Jumaat 11 November, bersempena dengan ‘Single’s Day’.

Mengikut pakar, jualan online Alibaba tahun ini mampu mencecah $20 bilion sehari, memecahkan rekod jualan Single’s Day pada tahun lalu berjumlah $14.3 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekod jualan pada tahun 2015 naik 60% berbanding tahun 2014.

Jualan besar-besaran ini juga memerlukan pengurusan logistik yang besar.

Seramai 1.7 juta orang kakitangan, 400,000 buah kenderaan, 5000 buah gudang dan 200 buah pesawat akan digunakan untuk menghantar barangan kepada pembeli. Pada tahun ini, Alibaba berjanji untuk menghantar barangan paling cepat sehingga 2 jam.

Alibaba juga merancang untuk menjadikan Single’s Day sebagai acara tahunan antarabangsa dengan mengadakan konsert Katy Perry dan OneRepublic, dengan penampilan khas oleh Kobe Bryant.

Buat pertama kali, jenama-jenama besar seperti Apple, Maserati dan Target akan menyertai jualan besar-besaran di salah satu kedai online Alibaba, Tmall. Costco, Macy’s, Starbucks dan Zara telah mula menyertai acara ini pada tahun lepas.

Firma Fung Global Retail & Technology menjangkakan Alibaba akan mengalami kenaikan keuntungan sebanyak 40% pada tahun ini, dengan jangkaan jualan sebanyak $20 bilion. Firma New York itu menyatakan pemasaran Alibaba yang inovatif dan agresif adalah penyebab kejayaan syarikat Internet itu.

Single’s Day, yang mula diperkenalkan oleh Alibaba sejak 2009 merupakan acara membeli belah atas talian terbesar di dunia setakat ini.

Anda juga boleh menyertai acara ini esok di Lazada.

BACA: 15 Foto Dedah Betapa ‘Hardcore’ Persediaan Kakitangan Alibaba Menghadapi 11 November