Nampaknya penantian untuk mendapat earphone wireless terbaru daripada Apple dijangka terpaksa menunggu lebih lama daripada masa yang ditetapkan. Syarikat Apple yang pada mulanya bakal menjual Apple AirPods pada Oktober 2016 dilaporkan bakal menangguhkan penjualan sehingga akhir Disember.

Hadir dengan rekaan yang futuristik serta moden, Apple menyatakan mereka memerlukan sedikit masa bagi memastikan kesemua Apple Airpods yang dijual sempurna daripada sebarang masalah serta sesuai buat pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1473303990-apple-airpod-laydown

Dilaporkan sebanyak 10 hingga 15 juta Apple AirPods bakal mula dijual pada fasa pertama dan dijangka akan meningkat bergantung kepada permintaan pelanggan.

Selepas insiden yang menimpa Samsung Galaxy Note 7, dilihat syarikat-syarikat pengeluar gadget mula berhati-hati dan lebih berminat untuk tidak terburu-buru dalam mengeluarkan produk untuk mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Dilaporkan Samsung Galaxy S8 yang dijangka hadir pada Februari 2017 juga bakal ditangguhkan pelancaran sehingga April 2017.

Sumber