Sudah menjadi lumrah sejak daripada era mendiang Steve Jobs dimana orang ramai akan beratur di hari pertama penjualan untuk menjadi yang pertama memilikinya. Situasi ini turut terjadi di Malaysia pada model-model iPhone sebelum ini.

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila jualan Apple iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max dilihat agak sunyi di Apple Store Shanghai dimana jumlah pembeli yang beratur untuk menjadi yang terawal sangat rendah.

download (1)
Sumber: Reuters

Sebagai perbandingan, model terbaru iPhone lebih banyak menawarkan pembaharuan berbanding pembaharuan yang dibawa iPhone XS daripada iPhone X. Walau bagaimanapun, atas beberapa faktor yang dipercayai kepada kesan perang dagang Amerika Syarikat dan China antara yang turut menjadi punca.

Difahamkan antara sebab pengguna di China menangguhkan untuk mendapatkan model terbaru iPhone pada tahun ini berikutan ketiadaan sokongan rangkaian 5G yang sudahpun tersedia di negara tersebut. Jenama-jenama lain seperti Vivo dan Huawei antara yang menjadi pilihan berikutan inovasi yang lebih besar ditawarkan.

apple_iphone_11_pro_009
Sumber: expertreviews

Melihat kepada kegagalan Apple untuk menarik perhatian pembeli China yang ramai berdasarkan jumlah pembeli pada hari pertama Apple Store Shanghai yang sedia maklum sentiasa dibanjiri orang ramai pastinya merisaukan Apple.

Sama-sama kita nantikan bagaimana pula suasana penjualan model terbaru iPhone apabila mula dijual di Malaysia pada 27 September ini. Berdasarkan komen-komen daripada para netizen, ramai yang teruja untuk memiliki disebalik harganya yang premium. Adakah anda salah seorang yang teruja untuk menjadi yang terawal untuk memilikinya?

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel berkaitan isu penjualan iPhone yang pernah berlaku sebelum ini. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Pengguna Tegar Apple Di China Tinggalkan iPhone Sebagai Tanda Sokongan Kepada Huawei

Akibat ‘Tweet’ Guna iPhone, Dua Pekerja Huawei Didenda Dan Diturunkan Pangkat

Huawei ‘Troll’ Apple Semasa Pelancaran iPhone XS Di Singapura