Nampaknya krisis pergelutan Apple di China serta model terbaru yang dikatakan kurang inovasi serta menarik perhatian ramai memberi tamparan hebat buat Apple di China.

Berdasarkan laporan, difahamkan penjualan Apple di China telah menurun sebanyak 20 peratus untuk suku tahun keempat 2018. Penurunan penjualan Apple di China yang mempunyai jumlah pengguna telefon pintar yang ramai ini sekaligus turut memberi kesan kepada keuntungan yang diperoleh Apple secara keseluruhan.

Sumber: Engadget

Selain itu, ‘serangan’ syarikat China terhadap Apple ternyata turut memberikan kesan dimana terdapat kilang di China yang mendenda para pekerja yang membeli Apple iPhone. Akan tetapi, sekiranya para pekerja membeli telefon pintar Huawei dan ZTE, kilang tersebut akan membayar pekerjanya 15% nilai telefon pintar yang dibeli.

Selain China, difahamkan penjualan Apple iPhone di India juga turut menunjukkan prestasi yang sama selepas Apple cuma berjaya menjual sebanyak 1.7 juta unit berbanding 3.2 juta pada tahun sebelumnya.

Huawei-Mate-20-Pro-Review-Everything-but-the-kitchen-sink
Sumber: 9to5Google

Ironinya disebalik penjualan Apple iPhone yang merosot, jenama Huawei berjaya menjadi pilihan ramai setelah merekodkan peningkatan penjualan sebanyak 23%. Mungkin sudah tiba masanya Apple menawarkan iPhone dengan harga sedikit rendah serta menawarkan inovasi yang lebih baik buat para pengguna.

Sumber