Sejak semalam, tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan kekecohan berlaku di sebuah butik terletak di Seksyen 7. Menerusi video-video yang tular, dapat dilihat keadaan tegang berlaku sehingga melibatkan penglibatan pihak polis.

Dapat dilihat, orang ramai beratur panjang dan tidak berpuas hati serta diminta bersurai apabila keadaan menjadi tidak terkawal di butik tersebut. Difahamkan, butik itu dibanjiri orang ramai selepas menawarkan promosi tidak masuk akal iaitu baju Melayu berharga RM1.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mamadjokot

sedih tgk baju raya di buat mcm tu 😭 terlalu padat #fypageシ #bajuraya1ringgit #bajumurah

♬ bunyi asal – jaakot – jokot

@

♬ –

Untuk pengetahuan anda, butik tersebut menawarkan baju Melayu berharga RM1 untuk 100 orang pertama dan juga memberikan banyak ‘free gift’ kepada pelanggan yang datang membeli-belah pakaian raya mereka di sana.

Susulan ramai tidak puas hati terpaksa berputih mata ketika keadaan tidak terkawal, pihak butik tersebut tampil menerangkan situasi yang terjadi dan meminta maaf kepada semua pelanggan yang hadir serta berterima kasih kepada mereka yang menyokong.

@uciluna_

Memang huru hara sangat pagi di ni starvilion sebab start ada yg bergaduh apa semua , please guys disebabkan segelintir mcmni semua orang tak dapat .. #starvilion #uciluna #bajuraya #wakdoyok

♬ original sound – UCILUNA. – UCILUNA.

@uciluna_

Ya Allah Dipermudahkan lah urusan kami di bulan ramadhan ini 🤲🏻🙏🏻 #starvilion #uciluna #wakdoyok #masukberanda #viral

♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A

Menerusi video yang dikongsikan, keadaan menjadi tidak terkawal apabila ada yang sanggup potong barisan, baling produk, bergaduh dan ada yang mencuri stok baju. Menjengah ke media sosial, rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dan mengatakan pihak butik sepatutnya rancang dengan baik apabila menawarkan promosi tidak masuk akal seperti itu.