Menjual atau menjaja di tepi jalan sememangnya bukanlah perniagaan yang selamat buat mereka yang tidak mempunyai lesen atau kebenaran yang sah daripada pihak berwajib.

Dek kerana tidak mempunyai lesen juga, ramai dalam kalangan peniaga atau penjaja sering berkongsi bagaimana mereka disaman oleh pihak berkuasa seperti majlis perbandaran.

Seperti yang dilalui seorang pemuda ini apabila rakannya berkongsikan kejadian dia disaman selepas menjual minuman tanpa lesen di Selangor. Perkongsian rakannya yang hanya sempat berniaga selama lebih kurang 30 dan menjual lima botol air itu mula tular di media sosial sejak hari ini.

“Kisah sedih hari ini.

“Hari ini saja teman Azri niaga carboot, dia kata nak cari duit lebih sebelum masuk semester baru.

“Tak sampai setengah jam berniaga, jualan baru lima botol, abang-abang MBSA datang bawa surprise!

Surprise, jualan baru RM75 kena saman RM300,” kongsinya di Twitter melalui video TikTok itu.

https://twitter.com/iszlqrn/status/1314918464323112960?s=20

MB janji akan tolong

Perkongsian kisah sedih mereka itu kemudiannya mendapat hampir 30,000 retweet di laman Twitter dengan rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat buat rakannya itu.

Bagaimanapun apa yang paling mencuri tumpuan adalah apabila menteri besar Selangor sendiri melihat ciapan tersebut dan memberikan respon.

Tambah mengujakan, respon yang diberikan bukanlah hanya sekadar kata-kata semangat, tetapi Amirudin Shari memaklumkan telah mengambil perhatian mengenai perkara itu dan berjanji untuk membantu mereka berniaga selepas ini.

“Saya telah menghubungi saudara @iszlqrn untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Saya juga telah menghubungi pihak MBSA untuk membantu memudahcara urusan beliau untuk berniaga di sekitar Shah Alam,” ciap beliau di Twitter.

Baca juga perkongsian kami mengenai peniaga-peniaga yang terjejas selepas kedai-kedai mereka dirobohkan sebelum ini di pautan di bawah.

MBSA Keluar Notis Perobohan, Isu Hot Burger Malaysia Buat Peniaga Lain Kena Tempias

Selepas Premis Perniagaan, PBT Mula Robohkan Binaan Depan Rumah Pula

Jakel Nafi Bina Khemah Secara Haram Dan Curi Bekalan Elektrik, MBSA Dedah Perkara Sebenar

Sumber