Pengasas Microsoft, Bill Gates telah mengesyorkan buku ‘Billion Dollar Whale’ oleh Tom Wright sebagai salah satu bahan bacaan terkininya. Beliau memberikan kenyataan tersebut ketika ditemubual oleh pihak CNN.

Sedutan video tersebut telah dikongsikan oleh Tom sendiri di laman Instagramnya yang memetik pandangan Bill Gates menyamakan perumpamaan situasi Bad Blood kepada bioteknologi, Billion Dollar Whale kepada kewangan antarabangsa.

Bill Gates turut menyifatkan buku tersebut sebagai penceritaan kisah sedih rasuah kewangan antarabangsa dalam bentuk yang mudah dibaca dan mendebarkan.

billion dollar whale

Buku tersebut mula dilancarkan kepada pasaran dunia semenjak tahun lepas dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan pembaca di Malaysia memahami isi kandungan buku tersebut.

Semalam, Tom Wright turut berkongsikan graf peningkatan jualan buku berkenaan selepas ianya disebut oleh Bill Gates. Jika Bill Gates pun menyukai buku ini, apa alasan anda untuk tidak membaca buku ini?

Sumber