Pada 10 Februari yang lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, dipercayai akibat demam panas.

Pasti ada yang tertanya-tanya khabar isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah. Difahamkan, Hidayah kini berniaga kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng di Sabak Bernam, Selangor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Hidayah, beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan itu bersama adik iparnya beberapa minggu lalu dan sebenarnya beliau memang berminat dalam bidang perniagaan.

Difahamkan, beliau tekad untuk berniaga demi mencari rezeki memandangkan anak tunggalnya iaitu Syed Uthman Hamzah kini sudah pun berusia setahun. Paling mengejutkan dan membuatkan beliau rasa syukur kerana sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

Mana tidaknya, setiap kali beliau berniaga, jualan cempedak gorengnya itu cepat habis. Beliau juga meluahkan rasa syukur apabila tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan sehingga tidak menang tangan.

Semoga perniagaan Hidayah bertambah maju dan sentiasa dimurahkan rezeki. Adakah anda sudah mencuba air tangan Hidayah?

Sebut tentang perniagaan, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa artikel yang mungkin boleh jadi inspirasi untuk anda mulakan perniagaan. Klik pautan di bawah ini.

Bermula Dari Belakang Rumah Hingga Miliki 3 Buah Kilang, Lelaki Ini Kongsi Suka Duka Bina Empayar SugarBomb

5 Tip Penting Buat Anda Yang Mahu Mulakan Perniagaan Dengan Yakin

Pernah Diperlekeh Naik Bas Jual Susu Segar, Jenama Farm Fresh Kini Raih Jualan Jutaan Ringgit Setahun

Sumber