Video mengenai produk krim kulit jenama Nixoderm yang tular di aplikasi TikTok telah menyebabkan jualan krim jerawat itu meningkat di platform peruncit pada bulan Disember yang lepas.

Produk tersebut difahamkan telah meningkat sebanyak 30 hingga 40 peratus oleh Nisolab, yang mempunyai hak pelesenan produk Nixoderm di Malaysia dan Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang kurang jelas, Nixoderm adalah merupakan krim bagi merawat masalah kulit.

Ia membantu mencegah masalah jerawat, gatal-gatal, ruam dan kurap pada bahagian kulit dan juga pada kulit kepala.

Tan Sri M. Ariffin Yusuf, Pengarah Urusan Prima Group, yang memiliki Nisolab turut mengatakan peningkatan jualan secara tiba-tiba bagi produk tersebut telah mengejutkan ramai pihak.

“Pada mulanya kami tidak mengetahui mengapa jualan melonjak secara tiba-tiba, tahu-tahu sajalah, ekonomi tidak begitu baik (pada masa ini). Untuk beberapa waktu, jualan kurang memberangsangkan.

“Tetapi secara tiba-tiba, jualan meningkat – sesuatu yang tidak normal. Jadi saya mula bertanya kepada pengedar saya, ‘bolehkan anda tolong tengokkan? kerana biasanya orang daripada zaman saya tidak melihat TikTok dan sebagainya,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Bermula dengan sebuah video

Hasil pemerhatian mendapati ia bermula dengan sebuah video yang dimuat naik oleh Amir Aqram Azizi di akaun TikTok miliknya pada Disember tahun lalu di mana beliau menjelaskan cara penggunaan krim kulit tersebut.

Dalam perkongsian video yang dimuatnaik di platform berkenaan, Amir pada awalnya berkongsikan mengenai penggunaan Nixoderm dengan betul bersama pengikutnya di Twitter sebelum ianya tular dan menjadi ikutan para pengguna TikTok.

https://www.tiktok.com/@thedancedoc/video/6906699926734916865?referer_url=https%3A%2F%2Fgulapop.com%2Fgara-gara-tular-di-tiktok-jualan-krim-jerawat-ini-naik-mendadak%2F&referer_video_id=6906702862563183874

Setelah mengetahui video yang tular di aplikasi TikTok tersebut telah mempengaruhi jualan syarikat tersebut, pihak tersebut ingin mengesan pemilik akaun TikTok berkenaan supaya dapat memberi sedikit ganjaran atas perkongsian beliau.

Difahamkan hasil perkongsian beliau telah menyebabkan produk Nixoderm secara tidak sengaja mencapai matlamat utama pemasaran media sosial.

Bagi sesiapa yang tidak tahu pemilik akaun TikTok @thedancedoc telah mula diketahui umum selepas beliau memuat naik video bagi menjawab persoalan dalam kalangan rakyat Malaysia yang membabitkan isu kesihatan.

Kebanyakan video yang dimuat naik sering mendapat perhatian umum kerana informasi yang dibekalkan telah sedikit sebanyak membantu rata-rata rakyat Malaysia menangani mitos perubatan yang sering berlegar di kalangan masyarakat.

Bagi sesiapa yang ingin tonton video lain yang menjawab pelbagai persoalan berkenaan isu kesihatan di akaun TikTok beliau, anda boleh klik di sini

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai video Pak Utih di TikTok yang raih perhatian bakal suami pada pautan di bawah.

Lebih ‘Makan Garam’, Nasihat Pak Utih Di TikTok Ini Raih Perhatian Bakal Suami

Aizat Amdan Dan Yuna Tampil Beri Sokongan Buat Gadis Dipersenda Netizen Di TikTok

Sumber