Sejujurnya, bukanlah mudah untuk mengurus dan membesarkan anak-anak terutama sekali ibu bapa yang bekerja. Semestinya, perkhidmatan pengasuh ketika ini mendapat permintaan kerana ramai ibu bapa sudah perlu kembali bekerja di pejabat.

Oleh itu, Kiddocare bersedia untuk menghubungkan anda dengan pengasuh-pengasuh terlatih Malaysia sekaligus dapat membantu para ibu bapa di luar sana dengan mengikut masa dan lokasi pilihan mereka.

Untuk pengetahuan anda, Kiddocare telah bekerjasama dengan REV Ad Manager (RAM), satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.

Platform layan diri ini merupakan usahasama di antara REV Media Group, penerbit digital terkemuka Malaysia juga merupakan cabang digital Media Prima Berhad dan Dattel Asia Group yang memberikan anda akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.

Dengan hanya menjalankan sebuah kempen menggunakan jenis iklan Prestasi (Mobile Sticky Bottom), CTR (click-through rate) mereka telah meningkat kepada 5% iaitu melebihi paras yang ditetapkan.

Malah, objektif mereka untuk mendapatkan pelanggan baru bagi perkhidmatan mengasuh anak berjaya dicapai setelah mereka menjalankan kempen bersama RAM.

“Sangat mengujakan apabila kami dapat mengenal pasti profil audiens keluarga yang betul dan cadangan saluran yang tepat untuk iklan kami, dan hasilnya kami berjaya meraih 5x peningkatan dalam jualan” kata Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusoff.

Tambahnya lagi, akses kepada RAM telah membolehkan jenamanya berkembang lebih dari iklan media sosial bagi memastikan capaian jenamanya pada kadar yang berpatutan.

Nikmati kelebihan ini untuk jenama anda apabila bekerja dengan RAM:

1. Anda tidak membeli saluran, anda beli RANGKAIAN penonton.
2. Tidak perlu pilih saluran, RAM CADANG & BERI KHIDMAT
3. Penyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.

Mula membuat iklan anda dengan mudah dalam lima langkah mudah

Untuk membuat iklan anda, cuma ikut langkah di bawah selepas mendaftar di sini.

1. Cipta kempen
2. Cipta audiens
3. Cipta reka bentuk
4. Bayar dan terbitkan iklan
5. Laporan prestasi

RAM bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran. Dengan RAM, anda bukan sahaja dapat menjejak belanjawan pemasaran anda, tetapi anda juga akan mendapat hasil yang anda inginkan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan

Dakwa Kenal Polis Dan ‘Sound’ Peniaga Wanita, Tindakan Abang Kawasan Ini Undang Kemarahan Netizen