Masihkah anda ingat insiden perempuan ‘naik hantu’ pada jualan murah Victoria’s Secret April lalu? Kini ‘serbuan’ yang sama terjadi di jualan murah produk Victoria’s Secret di cawangan Nu Sentral.

Namun kali ini ‘serbuan’ oleh orang ramai masih terkawal dan tidak berlaku sebarang kerosakan harta benda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

vs

Apa yang menarik minat pembeli ialah potongan harga sehingga 65% untuk minyak wangi, body mist dan gincu. Produk tersebut dijual dengan harga serendah RM39 sahaja.

Bukan sahaja pembeli wanita yang berebut-rebut untuk mendapatkan jualan murah ini bahkan golongan lelaki pun tidak ketinggalan untuk membelikan barangan untuk yang tersayang.

20180602_211710

Mungkin selepas ini anda boleh ke sana untuk dapatkan tawaran hebat sempena Hari Raya ini. Selamat membeli.