Model Nissan GT-R R35 merupakan salah satu ‘supercar-killer‘ dari Jepun yang menjadi kegilaan pelbagai lapisan umur tidak kira sama ada dari negara asia mahupun barat.

Susulan keputusan Nissan Australia untuk menghentikan penawaran GT-R di oleh kerana peraturan yang lebih ketat, nampaknya Eropah juga membuat keputusan yang sama kepada kenderaan berprestasi tinggi itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Portal Autoblog.nl melaporkan sebahagian negara  Eropah sudah mula memberhentikan penawaran model GT-R R35 secara rasmi seperti Belanda, Itali, Sepanyol dan beberapa negara lain apabila laman web rasmi Nissan mereka tidak memaparkan model tersebut.

Sumber Gambar: Nissan
Sumber Gambar: Nissan

Faktor utama model tersebut digugurkan daripada jualan apabila R35 gagal memenuhi standard piawaian pelepasan yang semakin ketat dikuatkuasakan di Eropah bagi mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau dan menggalak penggunaan teknologi terbaharu yang lebih cekap tenaga dan karbon.

Pada masa yang sama juga, harga yang terlalu mahal menjadikannya salah satu faktor mengapa model tersebut ditamatkan jualan. Autoblog.nl melaporkan harga rasmi di pasaran Belanda bermula €183,000 (RM845,649) untuk model R35 standard dan €303,000 (RM1.4 juta) untuk R35 Nismo. Berbanding pasaran US, USD113,540 (RM477,776) untuk model standard dan varian Nismo pula cuma USD210,740 (RM886,793) sahaja.

Oleh kerana harga ditawarkan terlalu tinggi, ditambah pula dengan standard piawaian pelepasan yang semakin ketat, Nissan tiada pilihan lain melainkan terpaksa menghentikan jualan model itu dan membangunkan ‘supercar elektrik’ seperti mana yang sudah dilaksanakan oleh pesaing lain seperti Ferrari, Lamborghini, Maserati dan Rimac.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada tahun 2020 lalu, Nissan dijangka bankrap dalam masa tiga tahun lagi atas dakwaan CEO pada masa itu telah menyalahgunakan kuasa. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Nissan Dijangka Bankrap Dalam Tempoh Tiga Tahun Lagi

Nissan Secara Rasmi Lancar GT-R 2022, Hadir Dengan Dua Model Edisi Khas

Nissan Skyline R34 GT-R, Legenda JDM Yang Semakin ‘Mahal’ Walaupun Cecah Usia 20 Tahun

Sumber