Setiap kali menjelang Ramadan, orang ramai pasti tidak sabar menanti tawaran hebat jualan hari raya. Selain boleh berjimat, berbelanja di musim perayaan juga adalah waktu terbaik untuk menambah koleksi peribadi.

Sinonim dengan kasut dan beg berkualiti pada harga mampu milik, tahun ini Bata kembali dengan lebih kejutan untuk rakyat Malaysia. Pelbagai koleksi eksklusif ditampilkan untuk pilihan kasut wanita, lelaki dan kanak-kanak, sekali gus memudahkan keperluan bagi kelengkapan seisi keluarga di bawah satu bumbung.

Lebih menarik, Bata turut menampilkan dua selebriti terkenal tanah air, Fattah Amin dan Fazura sebagai duta kempen Surprisingly Bata bagi memeriahkan lagi promosi raya tahun ini.

Nikmati baucar RM25

173386676_2955057968084497_1294666450443487831_n

Bagi anda yang merancang untuk bergaya di hari raya dengan kasut atau beg baharu, jenama Bata patut berada dalam senarai pilihan. Menarik untuk kali ini, pelbagai pilihan rona memukau dapat disesuaikan dengan busana Aidilfitri, membuatkan anda rambang mata untuk memilih.

Apatah lagi, Bata tampil mengejutkan pelanggan dengan Suprise Offer, membolehkan pelanggan menikmati baucar Bata bernilai RM25 untuk pembelian RM125 ke atas.

Ganjaran ini pasti menjadikan sesi membeli-belah sekeluarga lebih seronok kerana anda boleh memanfaatkan baucar itu untuk membeli lebih banyak barang pada harga rendah.

Beli satu percuma satu

Screen Shot 2021-04-19 at 5.00.41 PM

Tidak cukup dengan itu, Bata sedia menggembirakan pelanggan dengan Surprise Sale, menjanjikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi!

Surprise Sale menawarkan promosi beli satu percuma satu untuk beberapa barangan terpilih. Promosi ini juga sudah tentu sangat mengujakan kerana pelanggan berpeluang membawa pulang dua pasang kasut dalam satu harga. Justeru jangan lepaskan peluang membeli kasut yang ditawarkan untuk Surprise Sale tahun ini!

Promosi harga runtuh

Sementara itu, tidak lengkap rasanya jika membeli-belah di jualan hari raya tetapi tiada diskaun atau potongan harga menarik ditawarkan. Jangan risau, Bata sudah merancang lebih awal untuk menambah keriangan anda seisi keluarga dengan jualan hebat Star Buys.

Untuk promosi ini, pelanggan Bata berpeluang mendapatkan barangan Star Buys pada harga runtuh. Bagaimanapun, Star Buys juga terhad untuk barangan terpilih sahaja. Jadi, pastikan anda tidak terlambat sebelum ia kehabisan stok.

Raya bergaya dengan Bata!

Dengan begitu banyak tawaran menarik sempena Syawal, impian anda untuk bergaya di hari raya dengan kasut Bata serba moden dan selesa pada harga mampu milik bakal jadi kenyataan.

Justeru, jangan lepaskan peluang keemasan kerana semua tawaran ini bermula 10 April 2021 dan bakal berakhir pada 16 Mei 2021, selagi stok masih ada. Semak lokasi kedai Bata berhampiran anda di pautan ini dan berbelanjalah sepuasnya dengan yang tersayang! Anda juga boleh layari Katalog Raya Bata di sini.

Memahami situasi semasa, anda tidak perlu bimbang untuk keluar membeli-belah kerana Bata komited memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan di kedai terjaga. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi di Bata, layari laman web Bata.

Sebelum ini, jenama ini turut mengeluarkan semula model kasut yang pernah dipakai oleh legenda muzik genre grunge iaitu Kurt Cobain.

Bata Hasilkan Kembali Model Kasut Yang Pernah Dipakai Kurt Cobain