Semalam saya kongsi tentang “Bagaimana Seseorang Close Sale Sebanyak RM808,000 Dalam Sebulan” di Shah Alam.

Pada orang yang baru melangkahkan kaki sebagai peniaga atau agen unit amanah memang nampak macam MUSTAHIL.

Saya pun dulu macam tu juga.

Ye ke. Propa ke apa ni.

Dari segi pengetahuan teknikal, semua orang lebih kurang sama.

Dalam apa jua bisnes, perkara ASAS sales dan marketing memang kita dah kena tau. Dah jadi macam darah daging. Mengalir je macam tu.

Bila jumpa prospek dah automatik tahu apa yang nak dicakap. Skrip pun semua orang dah tahu.

Jadi, apa yang membezakannya?

Keinginan

Keinginan adalah PUSH factor dalaman yang sangat kuat. Yang mengakibatkan TINDAKAN diambil.

Bukan sekali dua. Bahkan tindakan berterusan. Bukan sekejab buat lepas tu give up.

Dan sebenarnya ada lagi satu yg POWER. Sangat power.

Ramai yang lupa.

Apakah itu?

Keizinan

KEIZINAN dari Pemberi Rezeki.

Oleh itu kita kena selalu minta dariNya. Bacalah doa ini. Jadikan habit sambil memandu, baca doa ini. Sedang tunggu klien, baca doa ini.

Bila-bila free je, terus baca doa ini.

Kadang-kadang dosa-dosa kita yang menghalang rezeki mengalir dengan laju pada kita.

Oleh itu doa ini dimulakan dengan merayu kepada pengampunan dari Allah.

Lakukan ia. InsyaAllah akan ada perubahan yang besar dalam hidup anda dan keluarga anda.

Yang penting kita mau yakin dengan asbab amalan agama Allah selesaikan masalah kita.

Kita mau yakin dengan janji-janji Allah.

doa-cepat-kaya

Artikel di atas disumbangkan oleh Arif Ismail. Pengurus Syarikat Perunding Kewangan. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤