Khairulaming di laman Twitter rasmi miliknya berkongsi kejayaan Sambat Nyet yang sudah berjaya terjual sebanyak 1 juta botol sejak ia berada di pasaran Januari tahun yang lalu.

Menurut Khairulaming, jenamanya sudah meraih jualan RM14 juta dengan terjualnya 1 juta botol sambal ini. “Pada hari pertama kita jual Sambal Nyet, kita cuma dapat jual 200 botol sehari. Tetapi Alhamdulillah kita dapat jual 5,000 botol sambal sehari. Team kita juga dah berkembang daripada 8 orang, kini sudah naik ke 50 orang,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pembukaan kilang keduanya tidak lama lagi. “Kilang kedua ini akan jadi tempat untuk naikkan lagi produksi Sambal Nyet dan jadi tempat persediaan untuk produk kedua nanti,” katanya.

Khairulaming masih belum berkongsi kepada umum apa produk kedua yang bakal dihasilkannnya. Jadi kita tunggu dan lihat. Sementara itu, anda boleh buat pembelian Sambal Nyet di sini dan ya, ia tetap sentiasa sold out setiap hari sehingga ke hari ini.

Khairulaming sebelum ini berkongsi sebab mengapa beliau buka kilang Sambal Nyet di Kelantan. Baca pada pautan di bawah.

Raih Jualan RM7.5 Juta Tahun Lalu, Khairulaming Buka Kilang Besar Sambal Nyet Di Kelantan

Buat ‘Post-Mortem’ Selepas Sambal Habis Terjual, Cara Khairulaming Dipuji Netizen