Sehingga kini, perang dingin dagangan antara Amerika Syarikat dengan China dengan melakukan sekatan servis Google buat peranti Android berjenama Huawei masih lagi berlarutan.

Disebabkan sekatan servis Google itu, jualan telefon Huawei dikhabarkan kini semakin merosot dan keadaan gawat ini memaksa pihak Huawei memilih cabang perniagaan yang lain demi menjana pendapatan yang mampu menyelamatkan operasi syarikatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memetik laporan BBC, gara-gara jualan telefon yang jatuh teruk pada suku akhir tahun 2020 lalu serta desakan kemelut kekurangan pembekal mikrocip disebabkan sekatan dagangan tersebut, Huawei kini dilaporkan sedang mengusulkan kertas cadangan untuk memajukan serta menghasilkan teknologi terbaru buatan mereka yang akan digunakan dalam bidang penternakan babi di China.

_117082795_gettyimages-1226000684
Sumber: BBC

Seperti sedia maklum, China merupakan negara industri yang mempunyai ladang ternakan babi terbesar di dunia. Disebabkan itu, pihak Huawei mengintai peluang perniagaan ini dan merancang untuk memasarkan peranti teknologi buatan mereka yang berpotensi dalam memajukan bidang ternakan babi di negara tersebut.

Difahamkan, Huawei kini dalam perbincangan untuk membangunkan peranti teknologi yang mampu membantu para penternak babi bagi mengenal pasti penyakit babi serta dilengkapi dengan alat bantuan yang boleh menjejaki di mana keberadaan babi dengan kuasa ‘kepintaran buatan’ atau Artificial Intelligence (AI).

Bukan itu sahaja, Huawei juga bercadang untuk menghasilkan teknologi pengimbas wajah atau facial recognition yang mampu mengenal pasti kesahihan setiap ekor babi yang diternak dan teknologi ini juga dapat memantau kesihatan berat badan serta diet pemakanan yang disyorkan kepada babi seperti dipetik menerusi halaman BBC.

vegan-plant-based-news-pig-livekindly
Sumber: livekindly

“Industri penternakan babi merupakan salah satu contoh bagaimana kami boleh memberi nafas baru kepada sebahagian industri tradisional dengan teknologi ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menerusi penghasilan sesuatu yang lebih bernilai pada era industri digital 5G ini,” jelas salah seorang jurucakap Huawei ketika dihubungi wartwan BBC.

Difahamkan, syarikat teknologi yang lain di China seperti JD.com dan Alibaba juga sudah menjalinkan kerjasama dengan penternak-penternak babi di China untuk menghasilkan teknologi baru dalam bidang ternakan ini. Apa pendapat anda?

Untuk rekod, Huawei sebelum ini pernah menjangkakan akan menghentikan pengeluaran telefon pintar. Anda boleh membacanya menerusi pautan di bawah.

Huawei Dijangka Akan Berhenti Mengeluarkan Telefon Pintar

CEO Huawei Yakin Tidak Perlukan Google Untuk Jadi Jenama No.1 Dunia

Selepas Huawei Gagal Berdagang Di Amerika Syarikat, China Mungkin Senarai Hitam Apple

Sumber