Baru-baru ini Malaysia menghadapi satu bencana pencemaran udara yang merbahaya untuk kesihatan iaitu jerebu. Sebagai langkah keselamatan, ramai yang menggunakan topeng muka untuk melindungi diri daripada terkena asap jerebu.

Malah ada juga yang berkurung di rumah untuk berlindung dari udara luar yang kotor, tetapi di China itu hanyalah langkah biasa kerana cara yang mereka gunakan amatlah berbeza dan tidak pernah terpikir dek akal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui perkongsian di Facebook John Mohamed, beliau berkongsi cara yang digunakan di Negara China iaitu jual udara segar dalam tin.

Untuk pengetahuan anda, negara China sudah lama mengalami masalah pencemaran udara yang sangat teruk. Malah, udara yang kotor dan berjerebu ini menyebabkan jarak penglihatan sangat terhad sehinggakan mereka terpaksa membuat paparan skrin untuk menunjukkan pemandangan langit biru kerana situasi itu sangat sukar untuk dilihat di sana.

70860779_2921140284582603_3473348547720511488_n

Lebih mengejutkan apabila ada yang mengambil kesempatan untuk membuat ‘bisnes’ sebegitu. Udara segar ini di eksport dari beberapa negara lain contohnya Kanada. Caranya mudah, udara segar diambil dari pergunungan dan dibotolkan ataupun diletakkan di dalam tin.

71035327_2921140301249268_1428181762424438784_n

71297808_2921140364582595_382590270773919744_n

Ternyata perniagaan menjual udara segar dalam tin ini mendapat permintaan tinggi disana kerana ramai yang beli untuk menyedut udara bersih. Melihatkan situasi tersebut, jelas menunjukkan semakin hari semua benda perlu di bayar untuk mendapatkannya termasuk udara kurniaan tuhan.

70696562_2921140324582599_84669640948580352_n

70907389_2921140397915925_963518274396487680_n

Dianggarkan sebotol udara bersih berharga hampir RM100 untuk 8 liter udara. Mungkin anda rasa ia agak mahal tetapi apakan daya, benda tersebut sangat diperlukan disana dan mereka sanggup untuk membayarnya.

Perkongsian John ini mendapat pelbagai rekasi daripada netizen. Malah ada yang kaitkan situasi ini seakan sama seperti komik doraeman yang mereka pernah baca dimana ia benar-benar wujud dalam alam nyata.

Screenshot_20190926-102547

 

Screenshot_20190926-102536

Sementara di Malaysia pula, tahap jerebu dan kualiti udara menunjukkan perkembangan positif di beberapa tempat berbanding beberapa hari lepas. Semoga jerebu yang melanda negara akan kembali pulih dan kita semua dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa. Jadi tidak perlulah anda mengeluarkan duit untuk mendapatkan kualiti udara yang bersih seperti di China pula.

Tahukah anda, spotify telah menghasilkan playslist khas sempena jerebu di Malaysia. Jom klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Spotify Hasilkan ‘Playlist’ Khas Sempena Jerebu Di Malaysia

Ini Cara Pemakaian Topeng Muka Yang Betul Untuk Lindungi Diri Daripada Bahaya Jerebu

Lihat Betapa Parahnya Jerebu Di Indonesia Ketika Ini

Sumber