AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia meraikan ulang tahun ke-10 penerbangan ke Shenzen. Majlis tersebut disambut dengan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzen Bao’an semalam. AirAsia memulakan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an sedekad yang lalu
dengan konsep baharu yang menjadikan syarikat penerbangan itu berbeza daripada syarikat penerbangan tradisional di China.

Pada 15 Julai 2007, AirAsia memperkenalkan penerbangan terus dari Shenzhen-Kuala Lumpur dan Shenzhen-Bangkok, seterusnya memperkenalkan perjalanan udara tambang rendah di Shenzhen. Dalam tahun yang sama, AirAsia juga menambah laluan Shenzhen-Kota Kinabalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sehingga kini, AirAsia menawarkan 35 penerbangan mingguan dari Shenzhen ke Asia Tenggara. Pada tahun ini juga, purata laluan dari Shenzhen mencatatkan prestasi melebihi penumpang 85 peratus, menjadikan AirAsia sebuah syarikat penerbangan asing utama dari segi kekerapan penerbangan dan kapasiti penumpang di Shenzhen. Sejak penerbangan sulungnya, syarikat penerbangan itu telah membawa 4.3 juta tetamu masuk dan keluar ke Shenzhen, seterusnya meningkatkan trafik para pelancong tempatan dan antarabangsa ke bandar tersebut.

Untuk meraikan ulang tahun ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua serendah dari RM256* dari Kuala Lumpur ke Shenzhen dan RM257* dari Kota Kinabalu ke Shenzhen. Tempahan boleh dibuat di airasia.com dari 17 hingga 23 Julai 2017 untuk tempoh perjalanan dari 19 Julai hingga 24 November 2017.

AirAsia Shenzhen 10 Anniversary