Walaupun tidak memiliki populariti seperti artis-artis luar negara yang diundi bersamanya, namun siapa sangka pelakon tempatan Juliana Evans berjaya menduduki kedudukan ke 72 dalam undian 100 Wanita Paling Cantik Dunia.

Dalam undian yang dilakukan  laman Starmometer itu, Juliana bukan saja tersenarai tetapi turut mengatasi selebriti terkenal dunia seperti Taylor Swift dan Emma Watson yang masing-masing berada di belakangnya di kedudukan ke 75 dan 76.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →
IMG_4472-scaled

FOTO: STARMOMETER.COM

Mengulas mengenai penyenaraian tersebut, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans bagaimanapun memberitahu Harian Metro bahawa beliau sendiri tidak mengetahui namanya turut tersenarai dalam kedudukan tersebut.

“Alhamdulillah, ada yang sudi mengundi saya dan mesti mereka adalah orang-orang Malaysia. Jadi, saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada yang sudi mengundi,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau yang percaya kepada kecantikan semula jadi turut gembira bila ada yang menghargainya namun menjelaskan dia juga sebenarnya tidak terlepas daripada  mengalami masalah kulit seperti wanita-wanita lain bila usia semakin meningkat.

“Saya orang yang percayakan kecantikan semulajadi. Jadi, bila ada orang yang menghargai, saya tumpang rasa gembira.

“Apabila usia meningkat, saya tak terlepas daripada berdepan garisan dan kedutan serta masalah kulit yang lain. Namun, itu tak menjadi masalah buat saya,” katanya.yang kini berusia 31 tahun.

Undian 100 Wanita Paling Cantik Dunia itu didominasi dua bintang Korea di kedudukan teratas dengan aktress  Son Ye-Jin yang membintangi drama Crash Landing On You berada di kedudukan pertama manakala Lalisa Manoban yang merupakan ahli kumpulan Blackpink berada di kedudukan kedua.

Les Copaque Studio yang menghasilkan siri animasi popular Upin dan Ipin pula baru-baru ini menjadi channel pertama di Malaysia yang meraih meraih 10 juta subscribers di YouTube. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Les’ Copaque Muncul ‘Channel’ YouTube Pertama Malaysia Raih Diamond Play Button

Bertudung Hanya Di Bulan Puasa, Zizi Kirana Harap Bertemu Jodoh Yang Sedia Membimbing

Gara-Gara Tersalah Cakap, Fizi Dari Upin & Ipin ‘Diserang’ Netizen Indonesia Dan Malaysia

Anda Mungkin Suka