Jumanji merupakan salah satu filem yang tidak asing lagi buat ’90s kid’. Sebut sahaja Jumanji pasti semua akan mengetahui tentang board game yang disertai dengan fantasi yang sangat epik di dalam cerita tersebut.

Siapa sangka, filem yang kini sudah berusia 21 tahun ini bakal dibuat semula atau ‘remake’ dan kali ini bakal disertakan dengan bintang Hollywood ternama Dwayne “The Rock” Johnson.

Dwayne Johnson bakal bekerjasama dengan dengan Matt Tolmach yang merupakan penerbit bagi filem Spider-Man serta siri New Girl dan The Grinder.

Kami berharap dengan adanya teknologi CGI yang canggih ketika ini, filem terbaru yang dilakonkan oleh Dwayne Johnson mampu memberikan hiburan buat kita semua.

Setakat ini masih belum ada trailer rasmi filem Jumanji yang terbaru ini. Walaubagaimanpun, kami ada sertakan trailer Jumanji yang pernah dihasilkan pada tahun 1995 ini.

Sumber