Industri e-sukan nampaknya semakin tempat di hati gamer serta syarikat-syarikat besar yang berminat untuk penaja. Penawaran pertandingan melibatkan game Dota 2, FIFA dan Mobile Legend antara yang membuatkan industri semakin meriah sekaligus meningkatkan jumlah pulangan pasukan juara.

Setakat tahun lalu sahaja, KuroKy selaku pemain Dota 2 telah berjaya membolot hadiah kejuaraan bernilai $3.5 juta. Dari segi keseluruhan, Dota 2 berjaya menjadi game dengan penawaran hadiah tertinggi dimana sebanyak $24 juta berjaya diagihkan sepanjang tahun 2017.

1_V7dZZR28AZl6uiFDqTbxMg

Untuk kategori kumpulan, Team Liquid berjaya menjadi pasukan yang memperoleh hadiah kejuaraan tertinggi dengan nilai sebanyak $10.8 juta. Tidak hairanlah kini lebih ramai para pemain lebih gigh berusaha untuk tampil di dalam peringkat yang lebih tinggi.

Lebih membanggakan Malaysia berjaya menjadi pasukan ketiga di Asia dengan penerimaan pendapatan tertinggi. Berdasarkan jumlah pemain sebanyak 371, menerima berjaya ditempatkan di tempat ke-15 dunia berdasarkan jumlah pendapatan ianya sesuatu yang mengangumkan.

gaji pemain e-sukan

esports-players-earnings-8

esports-players-earnings-3

Buat anda yang bercita-cita dan berhasrat untuk menjadi pemain e-sukan, tidak ada salahnya untuk anda berusaha kerana kini lebih banyak jalan telah dibuka untuk anda berjaya dengan hanya bermain game.

Amirul ‘AmTuah’ Afandi berjaya menunjukkan atas hasil kerja keras yang konsisten, beliau telah berjaya dilamar pasukan Schalke 04 untuk menjadi pemain e-sukan pasukan Bundesliga tersebut.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤