Arena NFT pada ketika ini dilihat mempunyai pertumbuhan yang sangat perlahan malah sudah jarang kedengaran frasa NFT dibincangkan di internet. Sementara majoriti orang ramai masih bingung dengan NFT ini, demam NFT kini sepertinya sudah sampai ke penghujung.

Menerusi laporan Bloomberg, jumlah perdagangan karga digital NFT ini sudah merosot sebanyak 97% daripada rekod tertinggi pada Januari 2022 lalu. Jumlah merosot kepada hanya $466 juta (~RM2.16 bilion) pada September ini daripada jumlah tertingginya iaitu $17 bilion (~RM78.9 bilion) pada awal tahun 2022 ini.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Bloomberg

Difahamkan maklumat ini telah dikumpulkan daripada beberapa platform dagangan NFT terkemuka termasuklah OpenSea, LarvaLabs, LooksRare, Rarible dan banyak lagi.

Malah, platform OpenSea ini mengalami penurunan jumlah dagangan sekaligus mempamerkan kemerosotan jualan sehingga 75% dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Difahamkan permintaan NFT semakin pudar selepas dasar monetari yang lebih ketat di peringkat global membuatkan sektor kripto secara khususnya mengalami kerugian mencecah $2 trilion (~RM9.2 trilion). Perkara ini bertambah buruk apabila sejumlah kes kecurian NFT yang dilaporkan mencecah jutaan ringgit menerusi platform dagangan NFT.