Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat di media sosial terutamanya mengenai rungutan orang ramai dengan kesesakan lalu lintas khususnya di ibu kota. Hal ini sekaligus turut membuatkan segelintir pengguna memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam.

Pertambahan kenderaan dalam negara jelas menjadi bukti menerusi laporan tahun 2021 di mana sebanyak 33.3 juta kenderaan berjaya didaftarkan di seluruh negara berjaya dicatatkan. Hal ini sekaligus buat pertama kalinya jumlah kenderaan dalam negara mengatasi jumlah manusia di Malaysia iaitu sebanyak 32.7 juta setakat tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan tinjauan Dr Kulanthayan K.C. Mani Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, pihak mereka melihat situasi ini sebagai sesuatu yang tidak sihat di mana jumlah kenderaan dilihat mendadak sejak pada tahun 2019.

Berdasarkan peratusan, 47.3% daripadanya adalah kenderaan jenis kereta diikuti dengan 46.6% motorsikal manakala selebihnya adalah kenderaan jenis barangan dan pengangkutan.

Daripada angka kenderaan berdaftar tersebut, 47.3% adalah kereta, 46.6% motorsikal, 4.7% pula kenderaan barangan dan selebihnya melibatkan kenderaan pengangkutan.

Sebelum ini terdapat pihak yang mencadangkan agar caj kesesakan dikenakan di Kuala Lumpur buat kenderaan yang memasuki pada waktu tertentu.

Caj Kesesakan Mungkin Dikenakan Pada Kenderaan Masuk KL Apabila MRT3 Siap Sepenuhnya

Sangkal Malaysia Negara Kelas Ketiga, Wanita Amerika Ini Kagum Dengan Kemewahan Pavilion KL

Sumber