Siapa sangka bermula dengan sebuah kes kecil di Wuhan yang dikaitkan dengan pengambilan haiwan eksotik serta kawasan pasar yang tidak bersih telah mengundang kepada sebuah pandemik yang besar yang telah melumpuhkan negara-negara lain.

Kes yang mula menjadi perbincangan hangat pada awal tahun ini nampaknya terus tersebar dan secara rasminya pada 2 April dilaporkan kes positif melibatkan COVID-19 telah mencapai angka satu juta manakala jumlah kematian yang direkodkan adalah sebanyak 50,000.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →
APTOPIX Virus Outbreak New York

Sumber: Mole

Setakat ini, Amerika Syarikat muncul sebagai negara dengan kes COVID-19 tertinggi dunia dengan jumlah melebihi 245,000. Itali pula hadir sebagai negara dengan jumlah kematian tertinggi melebihi 14,000 individu.

Di sebalik wabak yang menimpa Amerika Syarikat dengan teruk, negara tersebut nyata masih belum berpuas hati dengan China yang memulakan wabak ini dengan mendakwa negara tersebut telah menipu jumlah kematian sebenar. Selain itu, Amerika Syarikat turut menuduh China sebagai perancang di sebalik pandemik yang menimpa hampir seluruh dunia ini.

e72441095e6040cf998f740ad0acfd39

Sumber: CGTN

Melihat kepada rekod semasa, kes COVID-19 di Amerika Syarikat dan benua Eropah terus menunjukkan peningkatan kes setiap hari. Diharap pandemik ini mampu cepat berakhir bagi mengelakkan daripada lebih banyak individu yang bakal terkorban.

Ketahui juga dakwaan agensi perisikan Amerika Syarikat terhadap China yang berbohong jumlah sebenar pesakit kes COVID-19. Syarikat dari China juga sebelum ini turut menawarkan test kit bermasalah buat Sepanyol yang sekaligus meningkatkan angka kematian di negara tersebut.

Agensi Perisikan Amerika Syarikat Dakwa China Bohong Jumlah Sebenar Pesakit Kes COVID-19

‘Test Kit’ COVID-19 Bermasalah Dari China Buatkan Jumlah Maut Di Sepanyol Meningkat

Anda Mungkin Suka