Menjadi impian buat orang ramai untuk memiliki kediaman sendiri. Selain mahu mengelakkan daripada terus membayar sewa, terdapat juga individu yang mahu mendapatkan hartanah bagi tujuan pelaburan.

Di sebalik kerancakan industri hartanah yang konsisten membangun sejak berakhirnya pandemik, jumlah rumah tidak dijual juga dilaporkan masih tinggi.

Dilaporkan sebanyak 27,746 hartanah berjumlah RM18.45 bilion rumah yang sudah siapkan masih belum mempunyai pembeli setakat akhir tahun 2022.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming, sebanyak 9,323 rumah yang tidak terjual ini bernilai antara RM500,001 sehingga RM1 juta.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming. Sumber: malaysia now

Tambahnya lagi, hartanah yang dibangunkan haruslah bersesuaian dengan kehendak pengguna. Membangunkan hartanah yang tidak bersesuaian dengan kemampuan pengguna mengikut tempat antara yang menyebabkan hartanah ini tidak terjual.

Walau bagaimanapun, difahamkan jumlah rumah tidak terjual menunjukkan penurunan di mana 35,592 rumah berjumlah RM22.45 bilion pada suku pertama tahun lalu.

Setakat ini, pihak kementerian sedang mencari solusi untuk mengurangkan jumlah rumah tidak terjual ini manakala para pemaju pula diminta membuat kajian terlebih dahulu sebelum membangunkan sesebuah pembangunan.