Kecoh pada minggu ini apabila seorang anak muda, Haqiem Stopa yang turut dilabel sebagai Ikon Permotoran Anak Muda dijemput ke sekolah dalam memberi ucapan serta motivasi kepada para pelajar.

Isu yang berlaku nyata membuatkan para netizen kurang senang sekaligus mempertikaikan tujuan pihak sekolah menjemput beliau berbanding individu-individu lain yang jauh lebih berinspirasi dan berjaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sebalik kecaman yang diterima, terbaharu tular sebuah klip Haqiem Stopa menerusi TikTok Live di mana beliau telah memberi jawapan balas kepada netizen yang melabel sebagai ‘rempit TikTok’ dan sebagainya.

Menerusi klip yang tular, beliau telah memaklumkan kepada para netizen dan haters untuk keluar ke lebuh raya atau highway terlebih dahulu dalam sebelum melabelkan beliau sebagai rempit TikTok. Bukan itu sahaja, beliau juga turut berang dengan segelintir netizen yang mengecam beliau namun sekadar menggunakan Yamaha Y15ZR tanpa sebarang modifikasi.

Kenyataan beliau yang dilihat sangat berlawanan dan tidak sesuai sebagai Ikon Permotoran Anak Muda secara tidak langsung membuatkan orang ramai secara tidak lagi mengulas mengenainya. Malah, para netizen juga turut bingung dengan kenyataan Haqiem Stopa seolah bangga dalam mengesahkan beliau sebagai mat rempit sebenar.

Sehubungan dengan itu, orang ramai berharap agar beliau tidak diangkat menjadi ikon dan dijemput ke sekolah lagi dalam mengelakkan lebih ramai para pelajar yang terpengaruh dengan sikap yang ditunjukkan.

Ketahui lebih lanjut melibatkan individu yang dinobatkan sebagai Ikon Permotoran Anak Muda dengan klik pautan di bawah.

‘Ini Inisiatif Jelajah Anti Buli’ – Penganjur Respon Dakwaan Bawa Individu Tidak Sesuai Ke Sekolah

‘Ini Inisiatif Jelajah Anti Buli’ – Penganjur Respon Dakwaan Bawa Individu Tidak Sesuai Ke Sekolah