Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sebelum ini, sebuah restoran ternama di Kg Baru pernah jadi bualan ramai apabila keadaan kebersihan penyediaan makanan di restoran terbabit tidak bersih.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @nottyshu_ telah berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan minuman dan didalamnya ada cebisan serangga. Setelah disedari, maka pihak restoran telah menggantikan minumannya itu.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menurutnya, tujuan dia memuat naik gambar tersebut bukanlah untuk menutup periuk nasi restoran itu tetapi mahu orang ramai lebih berhati-hati kelak sekaligus mahu restoran terbabit cakna dengan isu kebersihan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak terkejut kerana restoran terbabit pernah viral kerana penyediaan makanan restoran itu yang kotor.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa pelik bagaimana restoran itu masih boleh beroperasi walaupun sudah beberapa kali viral tentang isu kebersihan. Malah, rata-rata netizen berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap restoran terbabit.

Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku sebelum ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.Β 

Makanan Terbiar Atas Dapur, Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama

Selamba Rangkul Pinggang Pelayan Wanita, Tindakan Kumpulan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen