Sebuah kelab bola sepak profesional Thailand, Jumpasri United FC telah memulakan kempen pemilikan kelab bersama penyokong-penyokong mereka sejak 30 Oktober yang lalu.

Jumpasri United FC adalah sebuah kelab yang baru ditukar nama dari Super Power Samut Prakan, selepas pertukaran pemilik berlaku baru-baru ini. Kelab ini akan beraksi dalam saingan Thai League 2 / M-150 Championship untuk musim 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui laman media sosial Facebook, Jumpasri United FC telah cuba untuk mejadikan pemilikan bersama penyokong sebagai satu model kelab bola sepak mereka untuk lebih ‘sustainable’ serta lebih dekat dihati penyokong.

image

RM6.40 Harga Minimum Untuk Beli Saham Kelab

Pihak pengurusan Jumpasri United menetapkan jumlah minimum pembelian saham kelab sebanyak 50 Baht (RM 6.40) seorang. Mereka juga memberitahu, jumlah ini bukan untuk mencari keuntungan tetapi lebih menjurus kepada ‘PRIDE’ yang akan dibawa oleh penyokong nanti.

Dengan pembelian saham kelab bernilai 50 Baht (RM 6.40) itu, mereka merangka pelan untuk melancarkan ’10 Year Old Stock’ bernilai 7 juta Baht (RM 893,000).

Hadiah Cabutan Bertuah

Selain daripada itu, pihak pengurusan kelab juga menawarkan pelbagai hadiah kepada pemenang bertuah untuk menarik lebih ramai penyertaan.

  • 1 x Mercedes Benz CLA
  • 1 x Toyota Fortuner
  • 1 x Isuzu D-Max 4×4
  • 1 x Ducati Monster
  • 1 x Yamaha M-Slaz
  • iPhone 7 serta pelbagai lagi hadiah lain untuk dimenangi.

Bagaimana Untuk Membeli Saham Kelab?

  1. Memindahkan wang ke akaun kelab
  2. Sertakan Slip pembayaran serta salinan pengenalan diri ( IC card )
  3. Hantar kepada Golden Elephant (Thailand) Ltd., 212 Moo 1, Nakhaburi, Wapi Pathum, Mahasarakham 44000
  4. Pihak kelab akan menghantar dokumen pembelian pegangan saham kelab

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui talian 0936869016, 0804604140.