Tiada apa yang lebih membanggakan selain melihat kejayaan anak mencapai impian dan cita-cita lebih-lebih lagi dalam bidang kerjaya yang diminati oleh ibu bapa itu sendiri. Terbaharu, melalui sebuah tweet yang dikongsikan oleh Safia Anisa yang menceritakan kejutan yang sanggup dilakukan oleh bapanya.

Difahamkan, Safia Anisa yang baharu berusia 23 tahun dan kakaknya Safia Amira yang berusia 28 tahun bekerja di syarikat tambang murah AirAsia sebagai Senior First Officer.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tweet yang dimuatnaik pada 12 Julai lalu menceritakan ayahnya sanggup meninggalkan jawatan yang dipegangnya selama 40 tahun di sebuah syarikat dan kini memegang jawatan junior first officer semula semata-mata untuk terbang bersama-sama Safia Anisa dan kakaknya.

https://twitter.com/SafiaAnisa/status/1149611370993733632

Beliau sempat menceritakan perjalanan karier ayahnya dalam tweet terbaharu yang bermula sebagai seorang pegawai kadet di Malaysia Airlines selepas tamat pengajian SPM. Tambahnya lagi, ayahnya membuat keputusan untuk berpindah ke AirAsia untuk terbang bersama anak-anaknya sebelum beliau bersara.

https://twitter.com/SafiaAnisa/status/1149908933684822016

Tweet tersebut kini menerima lebih 5,000 retweet dan hampir 10,000 likes daripada orang ramai yang rata-rata kagum dengan keharmonian keluarga ini.

Sumber