Semenjak 3 tahun lalu, jurugambar British bernama Jimmy Nelson telah menjelajah ke seluruh dunia – dari Namibia ke Papua New Guinea ke Mongolia – untuk merakamkan 31 budaya unik dan terpencil yang akan hilang, di dalam sebuah buku bertajuk Before They Pass Away.

Jimmy Nelson

Perjalanan beliau tidak mudah. Kadang-kala ia memakan masa berminggu-minggu lamanya untuk sampai ke tempat kediaman komuniti ini, dan selalunya mereka tidak dapat berkomunikasi secara lisan, kerana tidak kira berapa ramai penterjemah yang beliau gunakan, mereka masih tidak bercakap dalam dialek yang sama dengan pemilik budaya terpencil ini. Perkara ini menyebabkan beliau berhubung dengan cara lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Jimmy Nelson
Jimmy Nelson

“Salah satu detik kegemaran saya ialah ketika berada di puncak sebuah gunung di Kazakhstan,” Nelson berkata. “Ia adalah awal pagi yang sangat sejuk, matahari sedang terbit. Saya menanggalkan sarung tangan untuk menangkap gambar matahari terbit yang sinematik dan menakjubkan tetapi tangan saya mula beku dan melekat di kamera. Saya mula menangis kerana tidak boleh bergerak untuk menangkap gambar. Dua wanita Kazakhstan datang ke arah saya, membuka sarung tangan mereka, dan meletakkan tangan mereka yang panas pada tangan saya.” Beliau akhirnya berupaya untuk menangkap gambar.

Jimmy Nelson
Jimmy Nelson

“Apabila seseorang itu lemah dan terdesak dan orang lain nampak anda dalam keadaan sebegitu, mereka sanggup untuk melepaskan nilai-nilai mereka untuk membantu anda,” kata Nelson, sambil menerangkan kedua-dua wanita itu beragama Islam. “Dengan menjadi lemah, anda boleh berhubung sehingga peringkat yang paling dalam.”

Jimmy Nelson

BACA: 12 Perkara Yang Kita Boleh Belajar Daripada Budaya Jepun

Jimmy Nelson

Walaupun beliau memilih budaya bukan berdasarkan mana yang paling terancam atau paling penting dari segi antropologi, (beliau memilih berdasarkan lokasi geografi dan kecantikan estatik), beliau berpendapat komuniti yang beliau temui tidak akan kekal dalam situasi mereka sekarang dalam jangka masa terdekat.

Jimmy Nelson
Jimmy Nelson

“Saya tidak dapat berikan jangka masa, tetapi ia akan berlaku dengan pantas,” kata Nelson. “Tidak kiralah betapa terpencilnya tempat yang saya pergi, saya boleh mengakses Internet hanya dengan perjalanan selama dua hari. Kebanyakannya mempunyai akses terhadap telefon bimbit. Dan apabila mereka mula memiliki telefon pintar (smartphones), mereka akan dijamu dengan foto-foto negara maju. Terdapat risiko untuk mereka meninggalkan ketulenan mereka sekarang lalu menuju ke arah dunia material.”

Jimmy Nelson
Jimmy Nelson

Akses fizikal juga menjadi semakin mudah. “Lima tahun lalu, ia memerlukan sehingga tiga minggu untuk sampai ke Lembah Omo di Ethiopia,” kata Nelson. “Empat tahun lalu, ia mengambil masa seminggu dan sekarang ia hanya mengambil masa dua hari untuk sampai ke Lembah Omo disebabkan prasarana yang baru dibangunkan.”

Jimmy Nelson
Jimmy Nelson

Walaupun keadaan berubah, beliau berharap buku beliau menjadi sumber rujukan sebagai rekod budaya dunia yang hilang.

Jimmy Nelson
Jimmy Nelson

Lawati laman web Before They untuk maklumat lanjut.

Jimmy Nelson
Jimmy Nelson

BACA: Berbaju Kurung Di Milan, Tanpa Sedar Gadis Melayu Ini Jadi Tumpuan Ramai

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber