Semuanya bermula pada tahun 1950an dan 1980an, ketika bandar Paris sedang berkembang maju. Migrasi penduduk dari luar menyebabkan Paris menghadapi masalah tempat tinggal untuk mereka yang berhijrah ke kota Paris. Solusi kerajaan Perancis adalah membentuk projek perumahan yang ketika itu adalah sangat moden dan unik.

Tetapi selepas beberapa dekad berlalu, bangunan tinggi ini sudah ketinggalan zaman dan seperti sudah dilupakan. Tempat tinggal ini masih berpenghuni tetapi dihuni oleh golongan tua sahaja kerana anak-anak muda lebih tertarik dengan hidup di bandar yang lebih kontemporari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jurugambar dari Perancis, Laurent Kronental tertarik untuk merakam tempat-tempat ini kerana perumahan ini mempunyai suasana yang unik. Pada tahun 2011, beliau memulakan projek ‘Souvenir d’un Futur’ merakam gambar-gambar menarik dari kawasan-kawasan perumahan ini. Laurent merakam suasana seolah-olah bandar ini sudah ditinggalkan tanpa penghuni dan nampak seperti ghost town. Projek Laurent ini masih berterusan dan jika anda berminat untuk melihat gambar-gambar terbaru projek ini, boleh lihat di sini. Kreatif projek Laurent ini. Nampak seperti bandar dalam filem ‘I Am Legend’.

3a196ade3e5f12b0c35609fb6c536b615b68ac95_860

3d9a5e9a3cda386eddcc4989f3ccc3bc50307b19_860

7e706cc34defb23a700803d6c51de6c4d3b89aa4_860

5839cb218796e42312c69b62c3cbf4fbf1b29ea9_860

c4b09a678627d03ff9ebbb56fdb42b0536e9ff35_860

c4d9c6f312b2f69a454397b3ebf347b9bb9b73cf_860

dad030a0709cce1d65eae4ffe7ec9b123d0cee5a_860

dc2fd89e36972344f5ddf01e3e472ffc0df25742_860

fe1159a1e37f0c835f056934556f9278c4d5da07_860

forgotten-housing-paris-memories-future-laurent-kronental-22

Sumber