Sejak wabak COVID-19 melanda seterusnya diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan pihak kerajaan, dapat dilihat sejumlah besar bisnes dalam dan luar negara mulai merasai kesannya.

Antara pekerjaan yang terkesan dengan situasi yang berlaku sudah pastinya jurugambar yang memerlukan mereka untuk bertemu dengan client dalam jarak yang dekat.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, lain ceritanya dengan pengguna Twitter @ahmadamirrudin yang memilih untuk menjalankan sesi photoshoot secara atas talian menggunakan aplikasi panggilan video iaitu FaceTime. Hasil akhir daripada sesi photoshoot atas talian ini jelas membuatkan para netizen teruja.

EWjSltoVAAASdM_

Sumber: Twitter @ahmadamirrudin

EWjS1udU0AAJQMF

Sumber: Twitter @ahmadamirrudin

EWjS1ubVcAAI0C8

Sumber: Twitter @ahmadamirrudin

EWjS1uwU0AAhnBO

Sumber: Twitter @ahmadamirrudin

Menurut Ahmad Amirrudin selaku jurugambar, pihak client sudahpun menempah sesi photoshoot bersama beliau sejak sebelum PKP berlangsung. Dalam usaha untuk mengikuti arahan PKP, sesi photoshoot ini masih lagi dijalankan namun dengan gaya yang sedikit berbeza iaitu secara FaceTime.

Mengenali pihak client yang sudah menggunakan servis beliau sejak daripada bertunang seterusnya berkahwin dan kini mengambil servis sewaktu mengandung secara tidak langsung memberi ilham buat beliau untuk menjalankan servis photoshoot ini secara atas talian dimana beliau bakal memberi arahan kepada pihak client dalam mendapatkan hasil yang terbaik.

Meskipun pada mulanya pihak client agak hairan dengan idea menggunakan FaceTime ditambah pula dengan pengalaman jurugambar yang pertama kali mengendalikan sesi photoshoot secara atas talian, hasil akhir sentuhan jurugambar ini jelas membuatkan mereka tersenyum.

Melihatkan kepada gaya kreatif jurugambar ini menghasilkan sentuhan terbaik waima secara atas talian, mungkin perkara ini boleh diaplikasikan oleh jurugambar lain yang bakal menjalankan sesi fotografi sempena musim PKP berlangsung. Anda boleh ikuti dengan lebih lanjut hasil seni jurugambar ini dengan klik di sini.

Tahukah anda jurugambar dari Malaysia pernah dipilih sebagai 30 jurugambar perkahwinan terbaik oleh majalah Rangefinder. Turut dikongsikan, 4 tip penting sebelum memilih jurugambar sempena majlis perkahwinan anda.

Jurugambar Malaysia Ini Terpilih Sebagai 30 Jurugambar Perkahwinan 2019 Untuk Majalah ‘Rangefinder’

4 Tip Penting Sebelum Pilih Jurugambar Untuk Majlis Perkahwinan Anda

Anda Mungkin Suka