Sebelum ini, nama Ameirfikri pernah menjadi fenomena dalam dunia fotografi apabila karya-karya jurugambar ini dimasukkan ke dalam majalah Rangefinder. Terdahulu, The Vocket pernah membuat liputan mengenai kejayaan beliau. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini.

Tahun ini, Ameirfikri sekali lagi dihubungi oleh pihak Rangefinder kerana beliau telah tersenarai dalam 30 jurugambar perkahwinan yang sedang meningkat naik tahun 2019. Setelah dihubungi oleh pihak Rangerfinder beliau diminta untuk menghantar 30 keping gambar kepada pihak tersebut.

31999920281_50440647e3_b
HYPE
‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun
Baca lagi →

Menurutnya, ianya agak sukar untuk memilih gambar yang terbaik untuk dihantar ke pihak sana kerana masa semakin suntuk dan beliau perlu memilih dengan teliti gambar-gambar perkahwinan yang menunjukkan kekuatan dirinya.

Ameirfikri

Ameirfikri menambah lagi, ketika keputusan diumumkan, beliau berasa sangat gementar untuk melihat kandungan email yang dihantar oleh pihak Rangefinder. Namun hasil titik peluh beliau selama ini membuahkan hasil apabila kandungan email tersebut menyatakan bahawa beliau merupakan salah seorang 30 jurugambar perkahwinan yang sedang meningkat naik Rangefinder.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana terpilih dan dapat mewakili Malaysia di dalam pertandingan itu. Beliau juga berterima kasih kepada klien-kliennya yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menangkap gambar perkahwinan mereka.

Untuk makluman semua,  Rangefinder adalah sebuah majalah fotografi profesional yang berusia 65 tahun berkonsepkan gambar perkahwinan dan potret yang mengikuti trend masa kini.

Mohd-Nasri-Muhammad-Ameirfikri-Zaki-01

Mohd-Nasri-Muhammad-Ameirfikri-Zaki-03

Mohd-Nasri-Muhammad-Ameirfikri-Zaki-05

Mohd-Nasri-Muhammad-Ameirfikri-Zaki-07

Mohd-Nasri-Muhammad-Ameirfikri-Zaki-15

Mohd-Nasri-Muhammad-Ameirfikri-Zaki-17

Mohd-Nasri-Muhammad-Ameirfikri-Zaki-19

Mohd-Nasri-Muhammad-Ameirfikri-Zaki-21

Bagi anda yang ingin melihat foto-foto perkahwinan yang dirakam oleh Amierfikri, anda boleh lihat di sini.

Anda merupakan peminat fotografi? Klik pautan di bawah untuk lebih banyak bacaan berkenaan dunia fotografi.

Minat Fotografi Dorong Fotografer Ini Rakam Gambar Dari Sudut Berbeza Dengan Drone

Ini Gambar Pemenang Pertandingan Fotografi Travel National Geographic 2017

Rakan Sertai ‘Outing’ Fotografi Sempat Rakam Orang Asli Suku Semai Di Raub, Pahang

Anda Mungkin Suka