Setiap kali tengok gambar yang lawa-lawa dekat instagram, apa yang pertama kali terlintas di fikiran saya ialah, “cantik gila gambar, dia ni pakai kamera apa?”. Nah! Soalan tipikal yang bermain di otak seorang yang tak tahu apa-apa pasal gambar.

Tapi saya yakin, seorang jurugambar profesional tidak fikir perkara ini. Apa yang penting ialah teknik serta kemahiran mengambil gambar. Baru boleh hasilkan foto yang awesome! Betul tak?

Begitu juga dengan cerita Daneil, seorang jurugambar profesional. Oleh kerana sudah penat mahu menjawab soalan, “kamera apa guna untuk tangkap gambar? Kamera apa yang best untuk tangkap gambar?, jadi beliau nekad untuk lakukan eksperiment dengan membanding 2 jenis kamera. Yang pertama adalah kamera standart jenis Canon Rebel T3i dengan lensa low-end (berharga: $500 usd) dan satu lagi kamera Canon 5D Mark IV dengan lensa 35mm f/1.4L II (berharga: $3,300 usd).

Berbekalkan kamera $500 usd, ini gambar yang berjaya dihasilkan.

Ini pula hasil daripada rakannya, Rachel, yang juga seorang jurugambar profesional dengan menggunakan kamera yang sama.

Dan ini pula adalah hasil menggunakan kamera Canon 5D Mark IV dengan lensa 35mm f/1.4L II (berharga: $3,300 usd) oleh Justin, seorang jurugambar amatur.

Setelah melihat hasil gambar yang dipamerkan, berani saya kata semuanya cantik belaka meskipun ia menggunakan 2 jenis kamera yang berbeza. Kesimpulannya adalah, kemahiran menggunakan kamera lebih penting untuk menghasilkan gambar yang cantik berbanding miliki kamera mahal tapi tak reti guna! Hahaha.

Jemput tonton video di bawah:

Sumber