Seorang jururawat berusia 30 tahun telah meminta kerajaan China memberikan ganjaran kepadanya dengan menghadiahkan seorang teman lelaki apabila wabak coronavirus berjaya dihapuskan nanti, lapor Sin Chew Daily.

Jururawat tersebut adalah antara pasukan perubatan yang dihantar dari wilayah Changsha ke Wuhan untuk melawan wabak ini.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Doktor dan jururawat sebelum ini telah menulis kepada kerajaan China meminta mereka untuk menyediakan beberapa kelengkapan bagi melindungi diri mereka. Namun ia menjadi lucu apabila wanita ini meminta sesuatu yang lain dari yang lain.

Walaupun dia mengakui agak malu selepas cerita ini viral, dia percaya bahawa perkara yang baik akan datang selepas wabak ini, termasuk teman lelaki yang mesti mempunyai ketinggian lebih daripada 169cm.

Untuk info, difahamkan bahawa bapa kepada jururawat tersebut merupakan seorang doktor yang memimpin pasukannya untuk melawan wabak SARS pada tahun 2003.

Berikut adalah kisah lain mengenai coronavirus, klik pautan di bawah untuk membaca.

Kerana Fobia Coronavirus, Lelaki Cina Ini Dibelasah Tanpa Sebab Di London

Jackie Chan Mungkin Dikuarantin Kerana Dijangkiti Coronavirus?

Anda Mungkin Suka