Alhamdulillah dan ribuan terima kasih pada semua yang telah membaca entry saya sebelum ini. Niat di hati bukanlah untuk menagih simpati sesiapa tapi ianya hanya sekadar luahan hati saya sebagai seorang jururawat kerajaan yang selalu dipandang serong tanpa memahami tugas hakiki kami. Pada yang menghargai tugas kami hanya Allah yang mampu membalas semuanya. Oklah tak nak sedih-sedih lagi.

Oleh kerana terlampau ramai yang bertanya macam mana saya boleh sampai dan datang bekerja di Saudi jadi saya ingin berkongsi cerita. Saya pun masih baru di sini jadi masih banyak yang perlu saya pelajari tetapi saya kongsikan pengalaman yang saya ada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sekarang penulis, Puan Myzatu berkhidmat di Riyadh, Arab Saudi.
Sekarang Myzatu berkhidmat di Riyadh, Arab Saudi.

Permohonan untuk bekerja di Saudi, saya pohon melalui agensi Melorita. Jadi sesiapa yang betul-betul berminat boleh hubungi Melorita. Selain dari Melorita, agensi Firestar dan ATG (Across The Glob) juga ada membuat pengambilan jururawat ke Arab Saudi. Rajin-rajinlah jenguk ke page mereka. Rasanya hujung bulan ini ada temuduga. Saya buat permohonan pada bulan 11/2014 dan mendapat tawaran pada bulan 2/2015 dan pada 6/2015 saya ke Arab Saudi untuk meneruskan perkhidmatan, menabur bakti dan menimba pengalaman baru.

Pengalaman bekerja sepanjang berada di sini bagi saya tidaklah sesukar mana, kelompok jururawat dari Malaysia sangat ramai. Kami juga mendapat kemudahan tempat tinggal, pengangkutan ke tempat kerja, medical card dan tiket penerbangan.

3 bulan pertama fasa yang agak stress untuk sesuaikan diri di sini sebab kita nak mula proses pembelajaran, persekitaran kerja yang agak berbeza daripada Malaysia. Masalah komunikasi kerana pesakit di sini kebanyakannya tidak tahu Bahasa Inggeris, jadi kita perlu belajar Bahasa Arab. 3 bulan pertama ini juga fasa pemerhatian dan banyak ujian (exam) yang kita kena tempuhi. Jika pihak hospital rasa kita tidak layak dan tiada effort dalam kerja kita akan diberhentikan. Jadi sesiapa yang dari government agak rugilah kalau diberhentikan. Tapi jarang kes-kes macam ini kita dengar. Yang paling penting sekali kita jujur dengan diri sendiri – jangan menipu resume, kerja mengikut protokol yang ditetapkan.

Ramai juga yang bertanya sama ada boleh bawa keluarga atau tidak. Jawapan dia tentu boleh, tiada masalah sama sekali. Cuma pandangan saya, dalam tempoh setahun ini cuba stabilkan kerja kita dan biasakan dengan persekitaran di sini. Sebab pihak hospital tidak menanggung kos persekolahan anak-anak dan taraf hidup di sini agak tinggi. Tetapi untuk bawa keluarga datang dan melawat Arab Saudi tiada masalah. Cuma ibubapa, suami, anak-anak dan ibubapa mertua sahaja yang dibenarkan datang melawat atas permit kerja kita. Yang paling seronok kita dapat bawa mereka mengerjakan umrah.

Cuma pesan saya bagi yang betul-betul mahu datang ke Saudi bagi yang dah berkahwin pastikan anda mendapat keizinan suami. Bila sampai di sini jaga maruah suami dan amanah yang diberikan. Same goes to suami yang datang sini ingat anak bini di Malaysia. Bagi yang bujang-bujang redha ibubapa itu penting kerana tujuan kita datang ke sini untuk mencari rezeki dan berubah untuk jadi yang lebih baik.

Dugaan tetap ada cuma bagi saya kerja tidak sesukar dan stress seperti di Malaysia. Kebajikan terjaga. Yang paling penting kita perlu ingat jalan cerita kita semua tidak sama, mohon Allah peliharakan hati kita. Ikhlaskan setiap perbuatan kita dan sabar hadapi cabaran.

Gambar ini saya ambil semasa mengerjakan umrah ziarah di Mina, Padang Arafah. Terasa diri ini kerdil bila Allah bagi nikmat bertalu-talu.

Puan Myzatu ketika mengadakan umrah ziarah.
Puan Myzatu ketika mengadakan umrah ziarah.

Sekarang masih bangga menjadi jururawat yang berkhidmat di bumi Anbiya’.

Ayah kalau tidak kerana kau tidak aku merasa hidup di tanah berkat ini. Suami kalau tidak kerana izin dan kasih sayangmu tidak aku kuat di sini.

Apapun semoga cita-cita dan impian kamu semua tercapai. Doa dan terus berdoa jangan berhenti.

Kun Faya Kun: Kisah Sebelum Berpindah

Apabila Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata “Jadilah! Maka jadilah sesuatu itu.”

Begitulah hijrah aku ke Saudi. Semua tidak dirancang aku pun tak tahu kenapa semangat berkobar-kobar nak datang ke sini. Bermula dari cerita pengalaman seorang rakan di Madinah. Malam tu aku tak lena tidur, aku capai handset dan mesej suami yang tengah bekerja.

“Sayang, Mumi rasa nak kerja dekat Arab boleh tak?”

Berdebar hati tunggu reply mesej dari suami.

“Jauhnya nak kerja , tggu Ayah balik nanti kita bincang.”

Puan Myzatu dan anaknya.
Puan Myzatu dan anaknya, Insyirah.

Masa tu aku tak bertangguh terus buat solat hajat minta pada Allah mudahkan dan lembutkan hati suami izinkan aku ke sana.

Lepas berbincang, Alhamdulillah suami izinkan sebab alasan aku ke Saudi aku nak selesaikan hutang. Aku nak jadi surirumah, dah tiba masanya aku tumpu pada amal ibadat pada suami dan anak-anak.

Satu lagi masalah aku, nak bagitau mak dan adik beradik bila aku bagitau nak ke Saudi. Off coz lah semua tak setuju sebab aku kena tinggalkan suami dan anak. Menangis masa tu sebab aku rasa semua org tak faham perasaan, aku rasa down sangat.. Malam tu pertama kali aku buat tahajud aku rasa jiwa aku betul-betul dekat dengan Allah, aku mengadu semua rasa hati aku. Andai niat aku ini menuju ke jalan yang benar Allah mudahkan dan perkenankanlah doa aku. Esoknya aku nekad hantar resume. Aku bagitau mak dia tetap tak setuju, tiap kali telefon, tiap kali aku menangis.

Allah uji lagi perasaan aku. Insyirah asyik tak sihat, hati seorang ibu rasa sayu bila fikir macam mana keadaan dia bila aku jauh. So, aku buat keputusan batalkan niat aku nak ke sana.

Satu hari masa aku tengah drive aku dapat panggilan telefon.

“Hello Madam Maizatu, you dapat offer dari NGHA Riyadh. Bila you boleh resign?” Terpinga, tapi aku jawab “I bagi notis sebulan.” Lepas letak telefon aku termenung tengok Insyirah. Aku hantar mesej pada suami, “Mumi ada benda nak bagitau. Mumi tunggu sayang balik kerja.” Hati aku keliru, keliru sangat.

Di rumah suami balik kerja, penat dia belum hilang, aku cerita semua. Suami aku tenang je dia cakap, “Pergilah Mumi kalau ni rezeki Mumi. Ayah izinkan mana tahu masa depan family kita berubah. Ayah doa yang terbaik untuk Mumi.”

Aku telefon mak bgtau. Ingat lagi mak cakap, “Kalau suami kau dah izinkan mak redha. Tapi keputusan ni kau yang buat apa-apa jadi belakang hari kau kena tabah hati. Kau jangan lupa diri, lupa janji yang kau buat. Walaupun kau di tempat yang baik tak bermakna kau akan jadi baik. Dugaan Allah itu sentiasa ada.” Aku cakap dengan mak terima kasih atas redha dia. Aku minta mak doakan aku. Mak cakap dia tak pernah berhenti berdoa untuk setiap anak-anak dia. Terharu.

Myzatu ketika bertolak pada tahun 2015.
Myzatu ketika bertolak pada tahun 2015.

Sekarang aku jadi tabah, sabar, semangat sebab suami, anak, mak dan mertua. Orang-orang inilah yang izinkan, redha dan berdoa yang terbaik untuk setiap langkah aku. Semoga aku tak lupa janji aku dengan mereka, dengan Allah.

Tuhan,

Jangan kau izinkan aku lupa. Jangan kau biar aku mendepang dada. Pasakkan hatiku pada kaki. Pasakkan ku tunduk sehingga mati.

Seelok mana pun perancangan kita, Allah jugalah sebaik-baik perancang. Kun faya kun.

Murah Hati Orang Arab

Roti

Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Kenyang dah malam ni.

Juadah pelbagai jenis roti dihadiahkan oleh keluarga pesakit kepada misi-misi bertugas.
Juadah pelbagai jenis roti dihadiahkan oleh keluarga pesakit kepada misi-misi bertugas.

Orang Arab memang pemurah sebab tu boleh bagi derma sampai 2.6 bilion.

Duit

“Sister shuaya.”

Aku paling kat sekelompok relatives. Cuak dah ni.

“Naam fi mushkila brother.”

“Enta muslim from Malaysia, hah?”

“Aiwa ana muslim from Malaysia.”

Datang dekat aku dan masukkan sesuatu dalam poket.

“Syukran kathir ya sister,” kemudian dia senyum.

Aku keluar bilik seluk poket. Relatives patient ni bagi duit. Sepanjang 8 bulan lebih kerja kat sini dah dekat 7 ratus++ Riyal aku dapat dari ahli keluarga pesakit. Belum termasuk makanan atau coklat. Bukan nak menunjuk atau nak heboh-heboh tapi kadang kala orang luar lebih menghargai kita.

Myzatu dihadiahkan duit oleh keluarga pesakit.
Myzatu dihadiahkan duit oleh keluarga pesakit.

Even aku hanya tukar cadar dan basuh berak adik dia. Yang hakikatnya itu memang kerja aku.

Kadang-kadang kita memang tak minta semua ini tapi bila dapat kita akan rasa gembira walaupun hanya ucapan terima kasih dan sebuah senyuman sudah cukup bermakna.

Kemudahan Di Riyadh

Sunyi sepi.

Just nak ceriakan suasana dan tambahkan teruja korang semua.

Hari ini saja nak cerita tentang kemudahan yang saya perolehi sepanjang kerja di sini. Semoga bermanfaat dan boleh jadi rujukan atau bayangan.

So far, di sini gaji yang kita terima adalah gaji bersih. Jadi memang tak ade apa-apa potongan yang dibuat jadi pandai-pandailah menguruskan belanja dan membuat simpanan. Nanti jangan kata akak tak bagitau.. huhuhu…

Penempatan dan utiliti ditanggung oleh pihak hospital. Senarai kemudahan lain rujuk artikel ini dan ini.
Penempatan untuk 2 orang ini dan utiliti ditanggung oleh pihak hospital. Penulisan penuh di sini.

Tentang tempat tinggal jangan risau sebab pihak hospital ada sediakan penempatan terpulang pada compound yang kita dapat. Yang ini memang tak boleh pilih pihak hospital akan bagi bergantung kepada nasib juga. Siapa roommate kita dan berapa orang serumah! Kebiasaannya diorang akan bagi Malaysia dengan Malaysia juga. Kalau yang tak bernasib baik macam saya dapat lain negara tapi boleh memohon untuk pindah tapi saya sampai sekarang merempat lagi (ketika artikel ini ditulis pada 5 Januari) hehehe. Rumah biasanya lengkap ada perabot dan semua peralatan siap ada bath tub. Bila air, bil letrik, bil air-cond semua guna je dengan percuma no worries.

Pengangkutan ke tempat kerja pun disediakan. Bas memang banyak, setengah jam sekali dari compound masing-masing ke hospital, (hospital ni besar gila beb). Musim sejuk ni bolehlah menapak, kang kalau dah suhu sampai 42 darjah mau terjelir lidah.

Limo juga disediakan tapi setiap stop kena bayar 5 riyal. Kalau rasa duit tak luak bolehlah naik limo hari-hari pergi kerja. Selain itu pihak hospital pun ada sediakan bus trip untuk kita bershopping dan beraktiviti, nanti tengok je schedule yang disediakan. Tapi kadang-kadang masa untuk bus trip agak terhad kalau kita jenis nak bershopping lama-lama tu. Kebiasaan kami memang ada pemandu limo kegemaran masing-masing (tapi ingat hanya naik limo yang berdaftar dengan hospital supaya tidak berlaku kejadian yang tak diduga. Pemandu limo hospital sahaja yang boleh speaking jangan sekali-kali naik limo dari luar. Nanti bila sampai sini senior akan bagi nombor limo yang dipercayai.)

Ok yang ni heaven sikit bile dengar pihak hospital ada sediakan 2 kali tiket pergi dan balik untuk vacation terpulanglah sama ada nak balik Malaysia ke nak pergi London ke nak pergi Istanbul ke. Suka hati korang nak pergi mane pun tapi hanya 2 kali. Kalau nak balik kerap tu with your own money okey!

jururawatriyadh-12

Lagi apa yang korang nak tahu? Makan …

Yang ni off coz di bawah gaji korang sendiri hospital tak provide hokey. Banyak cantik muka korang kalo semua nak sponsor kan . So macam kita ni tekak nak mkn nasi je rajin-rajinlah masak sendiri barang-barang boleh beli di merata pasaraya. Tapi stok yang susah nak dapat tu bolehlah bawa dari Malaysia sebab makanan di sini banyak fast food dan Middle East food lah.

Untuk perubatan pula pihak hospital ada bagi kita medical card just untuk dental dan lain-lain. Obstetrik je diorang tak cover so kalau nak mengandung kat sini segala check-up kita kena bayar sendiri nanti bila nak beranak cuti balik Malaysia, dapat jer!

Macam mana pendapat korang semua okey ke tak? Dah dapat macam ni kerja jangan nak goyang kaki sangat, stress sikit-sikit tu biasalah umat Arab ini salah satu manusia paling degil dalam dunia, so sabar sikitlah.

Yang ini pengalaman saya di Riyadh. Pasal Mekah, Madinah dan Jeddah jangan tanya saya. Mafi maklum.

Puan Myzatu selalu bercerita tentang pengalaman bekerja beliau di Riyadh, Arab Saudi. Ikuti Facebook beliau di sini.

BACA: Bagaimana Sampah Kitar Semula Dijadikan Insuran Kesihatan Oleh Startup Doktor Muda Ini