Siapa sangka kanak-kanak comel yang berusia 12 tahun ini sudah berjaya memiliki kereta pertama hasil titik peluh sendiri. Bukan kereta biasa, tetapi kereta mewah BMW Sedan sebagai hadiah hari jadi untuk dirinya sendiri.

https://www.instagram.com/p/BwMDiLkBFuw/

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nathannan merupakan jurusolek profesional yang sedang menempah nama dalam industri di Thailand. Nathannan mula menunjukkan minat dalam bidang jurusolek ini semenjak berusia 6 tahun lagi. Nathannan memuatnaik gambar dirinya bersama kereta miliknya sendiri di akaun Facebook 9 April lalu dan telah dikongsi semula sebanyak 15,000 kali.

Nathannan mula dikenali umum apabila ibunya sendiri memuat naik video dirinya menggunakan alat solek pada usia 6 tahun. Pelbagai reaksi telah diberikan oleh netizen seperti kritikan kepada ibu bapanya yang membiarkan anak sekecil itu bermain dengan alat solek.

Video tersebut mendapat berjaya menarik perhatian dunia termasuk BBC. Semenjak itu, Nathannan terus mendalami dan memperbaiki teknik solekan sehingga kini. Lebih membanggakan lagi, tahun lalu beliau terplih sebagai salah seorang jurusolek di London Fashion Week.

Jika anda mempunyai anak atau adik yang meminati dunia solekan, jangan pandang rendah minat mereka. Mana tahu mereka mampu jadi seperti adik Nathannan.

https://www.instagram.com/p/Bv05r-6Bmrm/

https://www.instagram.com/p/Bv82VEChqFe/

https://www.instagram.com/p/BvgwszZhrgJ/

https://www.instagram.com/p/BjWB5mJl86F/