JUSTICE LEAGUE (JL) kini telah berada di pawagam bermula hari ini. JL adalah kesinambungan selepas ‘Batman v Superman: Dawn of Justice’. Selepas pengorbanan Superman untuk menyelamatkan bumi, Bruce Wayne dan Diana Prince bersatu untuk mengumpulkan individu dengan kuasa istimewa iaitu Barry Allen (Flash), Arthur Curry (Aquaman) dan Victor Stone (Cyborg) untuk menghalang Steppenwolf dan tenteranya, Parademons dari menakluk dunia dengan bantuan kuasa Mother Boxes.

JL setakat ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengkritik filem. Jadi mana satu yang benar? Saya highlight dahulu kekuatan filem ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Character development

3 watak baharu perlu diperkenalkan dalam JL iaitu Aquaman, Cyborg dan Flash. Peminat sudah kenal Wonder Woman dan Batman dan mereka tidak perlu diperkenalkan lagi. Babak untuk memperkenalkan setiap watak juga tidak mengambil masa. Jadi tuan pengarah boleh lebih fokus pada babak JL secara berkumpulan.

Setiap ahli JL juga tidak overshadow satu sama yang lain. Setiap ahli JL mempunyai kekuatan yang tersendiri dan dipamerkan dengan baik dalam filem ini.

2. Wonder Woman

Wonde

Filem Wonder Woman bagi saya adalah antara filem DC terbaik setakat ini dan Diana Prince terus menyinar dalam filem ini. Walaupun menjadi satu-satunya bunga dalam kumpulan JL ini, ianya langsung tidak menggugat kedudukan beliau dalam JL. Saya dapat rasakan Wonder Woman akan terus menjadi tulang belakang siri JL ini di masa akan datang.

3. The Flash

barry

Seperti juga dalam siri animasi, Barry Allen adalah seorang pak lawak yang akan memeriahkan suasana. Lawak beliau juga kadang-kadang unexpected dalam JL ini yang bagi saya bagus. Bosan jadinya kalau tak ada The Flash dalam JL ini. Tetapi ada satu watak yang hampir dapat menyaingi kelajuan The Flash ini. Nak tahu siapa? Kena tonton JL cepat sebelum anda terbaca spoiler.

4. Mood filem yang tidak lagi ‘dark’

batsy

Kalau anda lihat Batman v Superman, anda dapat rasa mood ‘dark’ yang ada pada filem tersebut. Namun tidak lagi pada JL. Ianya lebih vibrant dan ‘cerah’ dan Batman pun sudah mula pandai berjenaka. Ramai juga yang sudah boleh menerima Ben Affleck sebagai Batman dan Batman juga sudah nampak lebih matang. Dalam JL, Bruce Wayne menjadi seorang yang lebih memahami supaya beliau dapat membimbing pasukan JL.

Disebalik positif, ada juga perkara yang boleh diperbaiki dalam JL ini. Saya perlu bersetuju dengan pengkritik filem yang lain tentang CGI yang digunakan untuk Cyborg serta penjahat Steppenwolf. Untuk satu filem dengan bajet besar, sepatutnya mereka perlu mengambil lebih perhatian kepada CGI untuk watak utama serta penjahat yang muncul banyak kali dalam filem ini.

Bandar Atlantis Aquaman juga masih belum dipertontonkan secara penuh dalam JL kali ini. Mungkin mereka simpan keindahan bandar Atlantis untuk filem Aquaman tahun hadapan? Tetapi dalam JL, mereka sudah belanja satu watak utama dalam filem Aquaman tahun hadapan.

Secara keseluruhannya, DC sudah semakin hampir menemui resepi terbaik untuk menghasilkan filem all-star superheroes mereka. Syukur mereka tidak mengikut jejak syarikat pesaing yang menjadikan gelak tawa sebagai kekuatan untuk hampir setiap filem mereka. Kalau tidak, bosanlah jika semua filem superhero gunakan konsep yang sama.

Filem JL sepatutnya berdurasi 2 jam 40 minit tetapi ianya disingkatkan kepada hanya 2 jam. Bermakna ada potongan 40 minit kepada filem JL ini. Mungkin pihak Warner Bros akan mengeluarkan versi uncut JL ini di masa hadapan?

Jangan keluar awal sebab ada end credit yang akan beri hint kepada JUSTICE LEAGUE 2. Kami beri rating 8.5/10 untuk filem ini. Anda bersetuju dengan rating yang kami berikan? Boleh tinggalkan pandangan anda di ruangan komen.