Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyanyi Kanada Justin Bieber tampil bertudung pada konsert terakhirnya di Utah, Amerika Syarikat. Penampilan tersebut telah mengejutkan ramai orang terutamanya umat Islam di negara arab. Ada yang mendakwa bahawa dia cuba untuk mempersendakan agama Islam dan penganutnya.

Kontroversi terbaharu dari penyanyi kelahiran Kanada tersebut diungkapkan oleh  media Middle East, di mana laporan terbabit mendakwa bahawa penyanyi tersebut mendapat kritikan meluas selepas tersebarnya gambar dan video Justin Bieber bertudung semasa menyanyi di salah satu konsert di Amerika Syarikat.

Apa yang lebih mengejutkan buat para peminat adalah keanehan penampilan beliau yang memakai seluar putih dengan t-shirt bersaiz besar dan dipadankan dengan tudung di kepalanya bersama-sama dengan cermin mata hitam. Gambar itu kemudiannya dikongsikan oleh para peminat di laman media sosial dan mendapat kritikan meluas.

Sebahagian daripada netizen mengkritik Justin Bieber kerana tidak memahami asas bertudung adalah untuk para wanita. Netizen lain pula memberi komen sinis bahawa mereka bersyukur Justin akhirnya memilih untuk mengikut jalan yang benar walaupun menyimpang.

Kontroversi ini hadir ditengah-tengah laporan bahawa penyanyi Kanada tersebut bakal mengadakan konsert besar-besaran di Arab Saudi. Justin yang terkenal sejak sedekad lalu dan menjadi antara artis paling banyak dimainkan di Spotify akan melakukan persembahan pertamanya di acara penutup Formula 1 pada bulan December nanti.

Untuk rekod ini bukanlah kontroversi pertama Bieber, sebelum ini pada Mac 2013 beliau pernah mencipta kontroversi apabila menyerang seorang jurugambar di London selepas dia meninggalkan hospital. Dan dalam kejadian lain, pada 2017, polis berkata Bieber melanggar paparazi dengan traknya semasa memandu dari acara di Beverley Hills. Anehnya, tiada saman dikenakan kepada bintang itu.

Selain itu, Bieber juga banyak kali ditangkap kerana melanggar undang-undang, sama ada ia ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol, memandu secara melulu atau mengelak dari ditangkap. Pada 2014, dia didakwa meminum arak semasa memandu di Miami dan turut ditahan kerana disyaki berlumba. Sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuan itu, dia menderma $50,000 kepada badan amal belia.

Justin Bieber akui derita akibat kutu, bakal kongsi pengalaman dalam siri dokumentari terbaharu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Justin Bieber Akui Derita Akibat Kutu, Bakal Kongsi Pengalaman Dalam Siri Dokumentari Terbaharu

Justin Bieber Secara Tiba-Tiba Cabar Tom Cruise Berlawan Di UFC

Justin Bieber Dilaporkan Bakal Jadi Pengganti Paul Walker Dalam Fast And Furious 9

Anda Mungkin Suka