Filem terbaru untuk franchise Fast & Furious (F&F) hanya akan berada di pawagam pada 10 April 2020. Lama betul peminat perlu menunggu untuk karya selepas #F8.

Ianya mungkin untuk memberi ruang kepada karya spin-off F&F yang bakal dilakonkan oleh Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Jason Statham yang dijangka berada di pawagam pada 2019. The Rock mungkin tidak akan bersama aktor yang lain dalam Fast 9 kerana perselisihan faham antara The Rock dan Tyrese sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lambat ini satu perkara. Yang lebih mengejutkan adalah khabar angin yang mengatakan Justin Bieber akan terlibat dalam franchise ini! Watak Bieber nanti kemungkinan akan sepenting Paul Walker, bermakna beliau mungkin akan jadi orang kanan kepada Dominic Toretto (Vin Diesel) atau Sean Boswell (Lucas Black).

Pihak Universal juga sedang berkira-kira untuk ‘menghidupkan’ kembali watak Paul Walker menerusi teknologi CGI. Watak Paul Walker ini cuma akan hadir buat seketika sahaja sebagai tribute dan tidak dalam keseluruhan filem.

Dengan khabar angin ini, ada yang mungkin suka dan ada yang mungkin tidak suka. Ianya satu posisi yang besar untuk diisi oleh Justin Bieber sebenarnya. Jika benar Bieber dipilih, ianya semua atas dasar populariti Bieber untuk menarik lebih ramai penonton ke pawagam. Apa pandangan anda?

Sumber