Entah kenapa tiba-tiba Justin Bieber mencabar Tom Cruise untuk satu perlawanan UFC semalam. ‘Cabaran’ tersebut dikemukakan oleh Justin menerusi akaun Twitter miliknya.

“Saya mahu cabar Tom Cruise di Octagon. Adakah anda sanggup untuk berlawan? Dana White?” tulis Justin di Twitter sambil turut memetik nama Dana White, presiden Ultimate Fighting Championship (UFC).

Tweet berkenaan mendapat respon yang pelbagai dan ramai yang berpihak kepada Tom Cruise sekiranya perlawanan ini benar-benar berlangsung. Malah, bintang UFC, Conor McGregor turut mahu serta dalam perlawanan ini sebagai penganjur. Pastinya perlawanan ini meriah jika Conor ‘buat bising’ sebelum dan ketika perlawanan.

Jika ianya benar-benar terjadi, pastinya perlawanan ini bakal jadi satu perlawanan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Lihat sahaja perlawanan antara Floyd Mayweather dan McGregor sebelum ini.

Ada kemungkinan besar ini hanyalah sekadar gimik untuk satu video muzik yang akan dikeluarkan oleh Justin tidak lama lagi. Pihak Tom Cruise dan UFC juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang cabaran ini. Jadi, kita tunggu dan lihat perkembangan cabaran ini.