Selaras dengan pembukaan pintu sempadan antarabangsa pada 1 April 2022, peminat muzik tanah air bakal kembali disajikan dengan persembahan konsert artis dari dalam dan luar negara.

Antara yang teruja pastinya ‘Beliebers’ atau peminat setia Justin Bieber apabila pihaknya mengesahkan jelajah Justice World Tour turut akan mendarat di Malaysia pada 22 Oktober depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini bukan kali pertama Justin Bieber menjejakkan kaki di Malaysia. Beliau pernah membuat konsert jelajah ‘My World Tour’ di Kuala Lumpur pada April 2011 dan kemudiannya di MTV World Stage pada tahun 2012.

Selepas 10 tahun, Justin Bieber kembali untuk menghiburkan para peminat. Dalam satu kenyataan, Justin Bieber sudah tidak sabar untuk memberikan persembahan terbaik selepas lama ‘berehat’ akibat pandemik COVID-19.

Tiket akan mula dijual pada 31 Mac depan dengan harga bermula RM288 hingga RM2,088 untuk tiket VIP. Rasanya wang ringgit bukan penghalang peminat setia Justin Bieber untuk menyaksikan persembahannya di Bukit Jalil nanti. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Go Live Asia di sini.

Awal bulan lalu kami berpeluang menemu bual para pelakon filem The Batman dan ini pandangan mereka terhadap filem baharu Batman ini.

Mengapa ‘The Batman’ Lebih Unik Dan Berbeza Menurut Pandangan Pelakon Dan Pengarah

Aksi Panas Dikongsi Zul Ariffin Undang Rasa Tidak Senang Netizen

Muncul Sebagai Watak Adiwira Muslim Pertama, Siri Ms. Marvel Bakal Ditayangkan Di Disney+