Kemalangan yang berlaku ke atas Ukraine Airlines yang membunuh berpuluh-puluh profesor dan penyelidik dari Kanada dilihat sebagai kerugian besar kepada sistem pendidikan Great White North.

Kapal terbang yang terhempas di Iran beberapa hari lepas sedang dalam perjalanan menuju ke Toronto melalui Kiev, jatuh tidak lama selepas berlepas dari Tehran yang membunuh 176 orang keseluruhannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kebanyakkan mereka yang meninggal dunia adalah rakyat Iran-Canada – ada juga sesetengah daripada mereka adalah bekas pelajar Universiti Sharif, Tehran.

Untuk rekod, bilangan pelajar Iran di Kanada meningkat dua kali ganda antara 206 hingga 2018, menurut jabatan Imigresen Kanada.

Rakyat Iran lebih memilih Kanada sebagai destinasi untuk mereka menyambung pengajian selepas Amerika mengambil sikap keras terhadap Iran dengan mengetatkan polisi mereka pada 2017.

Kemalangan yang berlaku Rabu lalu turut mengorbankan 10 ahli fakulti Edmonton’s University of Alberta – manakala mangsa lain pula adalah dari univerisiti di sekitar Quebec, Ontario, Nova Scotia dan British Columbia.

Perdana Menteri Justin Trudeau dalam satu kenyataan berkata 138 penumpang dari 176 yang menaiki penerbangan ke Kanada hanya 63 warganegara.

Beliau turut menyatakan bahawa negaranya mempunyai bukti bahawa Iran bertanggungjawab ke atas jatuhnya pesawat penumpang tersebut.

Tetapi Trudeau menekankan bahawa beliau tidak akan sesekali jatuh kepada kesimpulan awal selagi siasatan menyeluruh tidak dijawab.

“Keluarga mangsa dan semua rakyat Kanada mahukan jawapan,” katanya.”Saya mahu jawapan.”

White House pula dalam kenyataanya turut menunding jari ke atas Iran yang bertanggungjawab ke atas jatuhnya pesawat itu.

Kanada telah menjadi destinasi utama untuk pelajar kejuruteraan terbaik Iran kerana sebahagiannya menawarkan laluan kepada kewarganegaraan untuk pelajar antarabangsa.

Antara yang terkorban adalah mentor dan pemimpin dalam bidang mereka, pelajar dan pentadbir universiti.

Kejadian sama turut berlaku ke atas Malaysia apabila MH17 ditembak jatuh pada May 2018. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kapal Terbang MH17 Ditembak Jatuh Oleh Pesawat Askar Russia

Rusia Dalang Di Sebalik Jatuhnya MH17?

Sumber