Kemewahan wang ringgit yang boleh membantu kehidupan sekeluarga pastinya menjadi dambaan setiap manusia. Siapa yang tidak mahu menjadi seorang jutawan dalam usia muda, bukan? Namun kemewahan bak seorang raja tidak berpanjangan bagi seorang anak muda yang diisytihar muflis seawal usia 19 tahun.

Sudah menjadi lumrah buat insan yang mencari rezeki halal untuk mencuba peluang pekerjaan untuk menjana pendapatan. Begitu juga yang dilakukan oleh Azmir, 21 yang ditemubual oleh Harian Metro mengatakan pendapatan sampingan yang diperoleh hasil daripada perniagaan telefon bimbit atas talian. Dahulunya perniagaan yang dijalankan berjalan lancar sehingga beliau mampu menjual kira-kira 800 unit setahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut beliau, dahulunya beliau berjaya memperoleh sehingga ratusan ribu ringgit dalam masa sehari. Namun kemewahan yang dikecapi bertahan hanya 3 bulan. Pendapatan tahunan yang diperoleh hampir RM5.5 juta akhirnya berkesudahan apabila beliau terpaksa berhadapan dengan masalah seperti telefon bimbit yang ditempah tidak sampai kepada pelanggan.

Kehidupan beliau kini berubah hampir 100% apabila beliau terpaksa menggunakan wang simpanannya untuk membayar ganti rugi mana yang termampu sehingga menyebabkan beliau hidup melarat. Lebih teruk lagi beliau terpaksa berhutang dengan pihak pinjaman wang atau along.

Anda yang ingin menjalankan perniagaan atas talian, selidik dahulu pembekal anda supaya kes seperti ini tidak terjadi kepada anda. Jika tidak, gelap masa depan anda nanti.

Sumber