Ini kisah inspirasi dari China – seorang gadis menghadiahkan 3 kereta BMW dan 1 kereta Mini Cooper kepada pekerjanya.

Baru berusia 21 tahun, masih belajar dan merupakan seorang wanita muda yang cantik, Niu Mutong berjaya meletakkan diri beliau sebagai jutawan muda yang mempunyai rangkaian perniagaan dalam penjagaan kulit, produk menurunkan berat badan dan barangan kesihatan atas jenama sendiri.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

jutawan muda china 5

 

jutawan muda china 4

Pada tahun 2011, Niu melancarkan perniagan online di platform TaoBao di China dengan menjual barangan menurunkan berat badan. Pada waktu itu Niu masih belasan tahun dan perlu mengimbangi waktu antara belajar dan berniaga.

Keluarga beliau juga tidak begitu memberikan galakan di atas usaha Niu itu pada awalnya. Tapi selepas melihat Niu berjaya melanjutkan pelajaran ke USA dengan menggunakan wang dari hasil perniagaan internet, keluarganya mula memberikan sokongan.

Selepas mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Boston, Niu melebarkan langkah dengan melancar produk penjagaan kulit, produk menurunkan berat badan dan barangan kesihatan pada awal 2014. Menurutnya, syarikat beliau berjaya mencapai jualan lebih dari 200 juta yuan (USD 32 juta)  pada tahun lepas.

 

jutawan muda china 1

Kini Niu mengetuai organisasi yang mempunyai 7,000 pekerja yang terdiri dari anak-anak muda yang berdedikasi dan bercita-cita tinggi. Rangkaian perniagaan beliau juga kini telah berkembang US, UK, Itali, Peranchis dan New Zealand.

jutawan muda china 2

Siapakah 4 pekerja beliau yang berjaya menerima kereta mewah sebagai bonus tahunan itu?

Menurut Niu, 4 pekerja beliau itu masih muda, berusia awal 20-an dan masih belajar – yang telah membawa keuntungan sebanyak 10 juta yuan (USD 1.6 juta) setiap seorang kepada syarikat.

Menurut Niu, beliau percaya – pekerja yang gembira akan lebih produktif.

Sumber : CCNews China

Like page The Vocket di Facebook

Anda Mungkin Suka