1. Pengantin jutawan lawan tradisi dengan memberi ang pao bernilai RM835,000 kepada orang ramai

Chen Jun Liang, pemilik dan pengurus sebuah syarikat Internet di Dongguan yang berasal dari Hunan ini memulakan perniagaan setahun lalu dan telah mengaut keuntungan yang besar. Dia percaya memberi ang pao kepada orang ramai yang menyaksikan perarakan kereta pengantin itu akan memberikan lebih banyak kebaikan kepadanya kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

jutawan1.jpg.transformed

2. Jutawan ini memiliki mesin ATM di rumah

The super-rich enjoy having money at their finger tips. NBA star DeShawn Stevenson didn’t like the idea of having to find an ATM machine to withdraw cash, so he put one in his kitchen.

slide_230947_1063834_free

3. Jutawan jadi tukang sapu untuk jadi contoh kepada anak-anaknya

Yu Youzhen, seorang jutawan hartanah yang memperolehi kekayaan melalui sewaan bangunan-bangunannya akan bangun setiap pukul 3 pagi 6-hari seminggu untuk menyapu sampah dan mengosongkan tong sampah di jalanan. Yu Youzhen tidak mahu anak-anaknya menjadi rosak dengan kekayaan. Lalu dia menjadikan dirinya contoh. Hasilnya, anak-anaknya bekerja dan tidak diulit kemewahan. Anak lelakinya menyara hidup dengan menjual tiket loteri.

4. Jutawan ini berbangga dengan kad bisnesnya yang berbeza

Guangbiao Chen, jutawan dan philanthropist menyerahkan kad bisnes ini kepada klien-klien luar negara yang tertera pelbagai deskripsi kerjanya dengan penuh kebanggaan. Guangbiao Chen turut melakukan pelbagai aktiviti seperti menjual udara bersih di dalam tin agar dia menjadi perhatian media dan masyarakat. Ini membuatkan sesetengah orang berasa skeptikal dengan niatnya.

enhanced-buzz-21853-1389282398-16

5. Jutawan yang tidak mahu menunggu di hospital atau inginkan privasi akan melakukan ini

Sesetengah jutawan di Amerika Syarikat membina bilik kecemasan sendiri di rumah masing-masing yang bernilai USD 1 juta. Boleh baca sepenuhnya di sini.

slide_230947_1063576_free

6. Jutawan ini membina perumahan mewah buat orang kampungnya secara percuma

Xiong Shuihua, jutawan industri besi telah membina flat dan rumah bernilai 4juta pound di perkampungan Xiongkeng di bandar Xinyu, selatan China buat 90 keluarga sebagai tanda membalas jasa pada tempat dia membesar. Menurutnya, orang kampung disitu menjaga keluarganya dengan baik dan menyokong apa yang dia lakukan sehingga dia berjaya menjadi jutawan. 18 keluarga yang ternyata baik kepada dia dan keluarganya memperolehi rumah mewah.

7. Jutawan tidak segan-segan berpakaian seperti orang Masai di UK

Graham Pendrill, jutawan bujang berusia 57 tahun ini menjadi ahli keluarga angkat di Afrika Timur. Selepas pulang dari situ, Graham gemar berpakaian seperti orang Masai dan tidak kisah dengan tanggapan orang. Dia juga berkira-kira mahu menjual rumah agamnya di UK untuk tinggal di rumah yang dibina dari lumpur di Afrika.

a97564_g221_6-kenya-tribe

8. Jutawan ini membeli bandar dan menamakannya sempena namanya sendiri

Scott Alexander, 31 tahun menjadi jutawan melalui perniagaan hartanah dan lifestyle yang menawarkan latihan peribadi, pembedahan kosmetik, hartanah dan kereta untuk selebriti ini membeli sebuah bandar dengan harga 3 juta pound di Bulgaria dan menamakannya Alexander. Bandar ini akan dijadikan hotspot tempat percutian orang British.

alexander

9. Jutawan takut hari kiamat dalam perancangan membina ini

4 pembeli jutawan telah melaburkan 7 juta untuk membina kondo mewah bawah tanah yang dikatakan kalis dari ancaman hari kiamat. Ia di bina di ladang prairie Kansas, Amerika di dalam Cold War-era missile shaft. Kondo ini akan dibina sekali dengan ladang indoor, kolam renang, movie theather, klinik, sekolah dan gedung bekalan makanan untuk 5 tahun.

slide_219897_860031_free

10. Jutawan dari Rusia ini melipat kapal terbang kertas dari wang kertas

Pavel Durov, jutawan muda berumur 27 tahun ini merupakan pemilik dan CEO sebuah rangkaian media sosial Rusia, VKontakte telah membaling keluar kapal terbang kertas dari kepingan wang kertas Rusia yang bernilai 2 ribu pound dari tingkap pejabatnya di satu hujung minggu. Ini membuatkan pejalan kaki di St Petersburg berebut-rebut apabila menyedari itu adalah wang.

DLD Conference 2012 - Day 3

LIKE Facebook The Vocket